Jongkong Emas, Duit Masa Depan

Thursday, September 20, 2018

EMAS VS DUIT

MANA LAGI BERTAHAN?

Assalamualaikum,salam sejahtera anak-anak muda terutamanya, juga untuk golongan sederhana malah tidak lupa golongan pelajar juga.

Alhamdulillah Yana kembali setelah lama berkelana dalam dunia realiti.

Untuk kali ini Yana akan berkongsi ilmu yang Yana ada untuk manfaat kita bersama. InsyaALLAH.

Terus kepada topik utama, Jongkong Emas, Duit Masa Depan.




KENAPA???


1.Simpan duit, kita akan rasa nak korek je, betul tak? Tak nak kata orang, Yana sendiri memang macam tu dulu. Lama-lama simpanan pun entah kemana tapi sekurangnya Yana berjaya simpan sekejap. Hehehe.

2.Ramai orang terutama golongan muda susah sangat nak menyimpan, mana tidaknya, keinginan peribadi dah lama tersenarai dalam memori sebaik saja dapat kerja.

3.Duit makin simpan makin sikit. Memang,jumlah nombor yang makin besar dalam bank atau dalam medium pelaburan lain hakikatnya kuasa beli makin kurang (dipengaruhi inflasi).


Cukup la tiga penyebab utama ini yang merupakan penyebab utama kita tiada simpanan atau ada simpanan tapi makin sikit walau telah bertahun kerja.


Alhamdulillah walau sedikit lewat namun Yana bersyukur kerana telah mula membuat simpanan jongkong emas ini secara sikit-sikit je, semampu kita aje malah serendah RM100 sebulan.

Haa, jangan terkejut ye,nak simpan emas ini tak perlu ada modal banyak pun.


TESTIMONI SENDIRI

Sejak mula menyimpan emas ini, secara automatik setiap kali nak belanja, Yana akan tapis dulu barang itu perlu atau tidak.Selalu akan fikir baik beli emas.Lagi bagus.

Yang bestnya lagi bila mula simpan emas je, kita akan rasa nak tambah je jumlah emas kita kalau ada duit. KENAPA MACAM TU???. Haa itulah magiknya simpan emas, bila dah mula simpan emas, kita akan rasa nak tambah je, kalau simpan duit rasa nak belanja je kan,beli itu ini yang mengarut je lebih sebenarya. Diam-diam duit makin surut.

Alhamdulillah akhirnya, sekarang Yana adalah simpanan sikit, jadi untuk kawan-kawan Yana di luar sana, kalau memang susah sangat nak menyimpan, memang Yana boleh kata anda wajib simpan jongkong emas. Yana boleh tolong kalian membuat simpanan emas sendiri.

Dulu Yana ambil masa setahun lebih juga untuk cari tempat terbaik dan emas terbaik untuk mula menyimpan yang akan memberi kemudahan untuk kita kemudian hari. Mana taknya, kita nak alih duit kita jadi emas, mestilah kena cari tempat yang boleh dipercayai dan sebagai orang Islam semestinya Yana akan cari tempat yang ada sijil dan disahkan patuh syariah.

Syukur sangat jumpa dengan tempat simpan emas yang sekarang ini.

EMASNYA(KETULENAN 999.9),MURAH,MUDAH DAN PATUH SYARIAH.

Malah banyak lagi kelebihan lain yang tiada pada jongkong emas keluaran lain.

Antaranya, dah ada emas mesti kita akan guna bila terdesak kan,semestinya kita akan fikir nak jual atau gadai tetapi Yana nasihatkan lebih baik gadai sahaja jika ada sumber duit untuk tebus nanti. Alhamdulillah emas tempat Yana beli ini memang senang nak gadai di banyak pusat gadaian di Malaysia hari ini. Terbaiknya lagi kita boleh gadai di tempat kita beli ini sendiri, bagus kan.

Sedikit perkongsian bagusnya simpan emas adalah nilainya tidak akan jadi kosong malah emas terus bernilai tinggi walaupun telah jadi serbuk. Berbeza dengan duit kertas, nilai makin turun seperti sekarang malah nilainya boleh jadi kosong jika tiada lagi jaminan dari kerajaan kita. Malaysia pernah berpengalaman ketika Jepun memerintah kita dulu, duit pisang yang ada ketika itu tiada lagi nilainya setelah Jepun tewas.

Emas juga tidak boleh dicipta atau dihasilkan oleh manusia, sebanyak mana yang ada dalam muka bumi,sebanyak itu saja yang kita boleh jumpa. Malah emas juga tidak boleh dimusnahkan,telah banyak kes duit simpanan hangus dalam kebakaran rumah tetapi tidak dengan emas.

Emas adalah aset yang kita mudah miliki berbanding aset positif lain seperti rumah dan tanah.

Emas juga kalis inflasi, malah nilainya makin tinggi dalam jangka masa panjang. Boleh google harga emas 1gram dulu berapa ringgit. Hari ini di tempat Yana simpan emas ini, 1gram berharga RM174.

Ok cukup itu dulu, ada lagi kelebihan lain sebenarnya bila kita ada simpanan emas. Lagipun kita tidak perlu alih semua duit kita kepada emas, nanti nak bayar bil, nak makan, tak kan nak bayar dengan emas kan, cukup 10% sahaja duit kita, alih kepada emas sebagai persediaan untuk kelemahan simpan duit. Orang yang pelbagaikan simpanan sebenarya lebih bagus dalam mengurus kewangannya mengikut kemampuan masing-masing, yang penting mesti ada.

Rasanya cukup itu dulu perkongsian Yana buat tulisan sulung Yana simpanan jongkong emas.
Ada masa nanti Yana kongsikan pula jenis emas terbaik untuk simpanan jangka panjang dan sebabnya. InsyaALLAH.

Untuk kawan-kawan Yana yang ingin tunjuk ajar dari Yana untuk sama-sama menyimpan emas, boleh hubungi Yana di talian yang masih sama ye. Yana adalah dealer sah yang dilantik untuk bimbing kawan-kawan, Yana tak jual emas ye, Yana bertanggungjawab untuk pandaikan kalian menyimpan emas juga seperti Yana. InsyaALLAH, sama-sama kita belajar ilmu bermanfaat ini.

https://azlanalamin.com/order/form/RPSJJ01/SZN137



Ok terima kasih sudi singgah disini,semoga bermanfaat ye. Jumpa lagi.

Wassalam.

Yana
PG91847
0123573246





No comments:

Post a Comment