Kisah Benar Yang Sangat Mahal

Sunday, August 1, 2021

 السلام عليكم ورحمة الله 

Setiap kali mendengar berita kematian seseorang yang sangat kita kenali,pasti akan rasa sangat terkejut,namun percayalah hamba ALLAH yang meninggal tersebut lagi terkejut dari kita yang masih hidup mengenangkan mereka sudah tidak boleh lagi melakukan lebih banyak amalan yang ingin dibawa pulang.

Jadi, untuk kita yang masih hidup, dengan kesempatan yang masih ada,teruskan berjuang meneruskan kehidupan dengan lebih baik dari sekarang.

Betul,musim pkp,semua orang terkesan dengan ujian julung kali begini.

Mula-mula gaji makin sikit,ok lagi,sekurangnya masih ada gaji.

Diuji pula majikan terpaksa bagi notis menandakan khidmat kita akan tamat sebentar lagi. Ketika ini mula rasa makin pening fikirkan mana nak kerja lepas ni. Dengan komitmen bulanan lagi.

Paling sayunya hati,ada yang diuji hilang kesayangan yang telah berjanji sehidup semati. Paling menyayat hati kehilangan ibu ayah yang lama berjauhan sejak adanya pkp. Malah ramai anak kecil juga hilang ibu bapa, keduanya sekali disebabkan covid-19.

Ya ALLAH,berat,sungguh berat ujian kali ni. Namun betullah pepatah mengatakan,"berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul".

Saat ini kalau kurang iman di hati,mungkin ramai yang ambil jalan yang ALLAH benci. Nauzubillah,minta jauh dan moga kita terlindung dari hasutan syaitan yang memang seboleh mungkin mahu menyesatkan kita sejak dulu lagi.

Musim begini,boleh dikatakan setiap hari kita perlu sokongan dan motivasi dan yang utamanya lagi selalulah mengadu kepada Illahi. Penting, memang sangat penting kisah-kisah yang boleh memberi inspirasi supaya kita tidak terleka mengenang atau jauh hanyut dalam tekanan hari ini.

Seperti kisah yang satu ini. Sejujurnya saya juga baru mengenali hamba ALLAH yang hebat ini. Pertama kali mendengar kisah beliau di salah satu siaran radio,membuatkan rasa sungguh kagum di hati.

Bayangkan situasi ini andai kita yang diuji.


"Ibunya menitiskan air mata tika ingin mencuci, menjumpai ulat-ulat kecil di dalam poket dan kasut anaknya ini."


"Anak ini pernah mengambil usus ayam yang dibuang untuk dibawa pulang,bukan untuk diberi makan ikan tetapi untuk dijadikan lauk supaya perut sedikit kenyang".


Dan banyak lagi kisah yang tuan puan mesti baca dan rasakan sendiri semangat kental hamba ALLAH yang seorang ini.

Sungguh bagai satu lawak sopan,jika difikir logiknya,mana mungkin dengan hanya berbekal duit RM1.30 di bulan Ramadhan yang kalau kita sendiri,mungkin cukup untuk beli satu juadah sahaja, tetapi untuk anak ini berjaya jadikan beliau bergelar seorang jutawan. Namun itulah hakikatnya tuan puan,semuanya dengan izin Tuhan.


"Kita buat kerja kita".

"Allah buat kerja Allah".


Untuk lebih penghayatan saya sangat cadangkan tuan puan baca sendiri kisah benar ini supaya rasa kagum,rasa kita tidak keseorangan dalam kesusahan,rasa ujian ALLAH ini ada sinarnya di hadapan,dan setiap kesukaran yang kita hadapi sekarang pasti ada nikmatnya akan datang seperti indahnya pelangi selepas hujan.


InsyaALLAH dengan harga RM35 ini akan memberi kita manfaat yang jauh lebih mahal harganya malah  berganda-ganda harganya jika kita ingin mendengar kisah-kisah benar begini dalam mana-mana seminar.


Bak kata empunya badan yang kini bergelar jutawan. 


"Buku berharga RM35 senaskhah ini dicetak dan dikeluarkan bukan semata mata di atas motif perniagaan,namun tujuan utamanya ialah untuk MENCETUSKAN SUNTIKAN SEMANGAT SERTA INSPIRASI kepada masyarakat khususnya anak anak muda agar terus bangkit memburu kejayaan!".


Untuk membuat belian bagi menghayati sendiri kisah benar ini,boleh klik link di bawah ya.


https://azlanalamin.com/order/form/RPSJJ01/SZN137

Semoga bermanfaat untuk kita semua dalam menghadapi dugaan dan cabaran.

InsyaALLAH dengan izin ALLAH.




No comments:

Post a Comment