Kisah Benar Yang Sangat Mahal

Sunday, August 1, 2021

 السلام عليكم ورحمة الله 

Setiap kali mendengar berita kematian seseorang yang sangat kita kenali,pasti akan rasa sangat terkejut,namun percayalah hamba ALLAH yang meninggal tersebut lagi terkejut dari kita yang masih hidup mengenangkan mereka sudah tidak boleh lagi melakukan lebih banyak amalan yang ingin dibawa pulang.

Jadi, untuk kita yang masih hidup, dengan kesempatan yang masih ada,teruskan berjuang meneruskan kehidupan dengan lebih baik dari sekarang.

Betul,musim pkp,semua orang terkesan dengan ujian julung kali begini.

Mula-mula gaji makin sikit,ok lagi,sekurangnya masih ada gaji.

Diuji pula majikan terpaksa bagi notis menandakan khidmat kita akan tamat sebentar lagi. Ketika ini mula rasa makin pening fikirkan mana nak kerja lepas ni. Dengan komitmen bulanan lagi.

Paling sayunya hati,ada yang diuji hilang kesayangan yang telah berjanji sehidup semati. Paling menyayat hati kehilangan ibu ayah yang lama berjauhan sejak adanya pkp. Malah ramai anak kecil juga hilang ibu bapa, keduanya sekali disebabkan covid-19.

Ya ALLAH,berat,sungguh berat ujian kali ni. Namun betullah pepatah mengatakan,"berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul".

Saat ini kalau kurang iman di hati,mungkin ramai yang ambil jalan yang ALLAH benci. Nauzubillah,minta jauh dan moga kita terlindung dari hasutan syaitan yang memang seboleh mungkin mahu menyesatkan kita sejak dulu lagi.

Musim begini,boleh dikatakan setiap hari kita perlu sokongan dan motivasi dan yang utamanya lagi selalulah mengadu kepada Illahi. Penting, memang sangat penting kisah-kisah yang boleh memberi inspirasi supaya kita tidak terleka mengenang atau jauh hanyut dalam tekanan hari ini.

Seperti kisah yang satu ini. Sejujurnya saya juga baru mengenali hamba ALLAH yang hebat ini. Pertama kali mendengar kisah beliau di salah satu siaran radio,membuatkan rasa sungguh kagum di hati.

Bayangkan situasi ini andai kita yang diuji.


"Ibunya menitiskan air mata tika ingin mencuci, menjumpai ulat-ulat kecil di dalam poket dan kasut anaknya ini."


"Anak ini pernah mengambil usus ayam yang dibuang untuk dibawa pulang,bukan untuk diberi makan ikan tetapi untuk dijadikan lauk supaya perut sedikit kenyang".


Dan banyak lagi kisah yang tuan puan mesti baca dan rasakan sendiri semangat kental hamba ALLAH yang seorang ini.

Sungguh bagai satu lawak sopan,jika difikir logiknya,mana mungkin dengan hanya berbekal duit RM1.30 di bulan Ramadhan yang kalau kita sendiri,mungkin cukup untuk beli satu juadah sahaja, tetapi untuk anak ini berjaya jadikan beliau bergelar seorang jutawan. Namun itulah hakikatnya tuan puan,semuanya dengan izin Tuhan.


"Kita buat kerja kita".

"Allah buat kerja Allah".


Untuk lebih penghayatan saya sangat cadangkan tuan puan baca sendiri kisah benar ini supaya rasa kagum,rasa kita tidak keseorangan dalam kesusahan,rasa ujian ALLAH ini ada sinarnya di hadapan,dan setiap kesukaran yang kita hadapi sekarang pasti ada nikmatnya akan datang seperti indahnya pelangi selepas hujan.


InsyaALLAH dengan harga RM35 ini akan memberi kita manfaat yang jauh lebih mahal harganya malah  berganda-ganda harganya jika kita ingin mendengar kisah-kisah benar begini dalam mana-mana seminar.


Bak kata empunya badan yang kini bergelar jutawan. 


"Buku berharga RM35 senaskhah ini dicetak dan dikeluarkan bukan semata mata di atas motif perniagaan,namun tujuan utamanya ialah untuk MENCETUSKAN SUNTIKAN SEMANGAT SERTA INSPIRASI kepada masyarakat khususnya anak anak muda agar terus bangkit memburu kejayaan!".


Untuk membuat belian bagi menghayati sendiri kisah benar ini,boleh klik link di bawah ya.


https://azlanalamin.com/order/form/RPSJJ01/SZN137

Semoga bermanfaat untuk kita semua dalam menghadapi dugaan dan cabaran.

InsyaALLAH dengan izin ALLAH.




Jongkong Emas, Duit Masa Depan

Thursday, September 20, 2018

EMAS VS DUIT

MANA LAGI BERTAHAN?

Assalamualaikum,salam sejahtera anak-anak muda terutamanya, juga untuk golongan sederhana malah tidak lupa golongan pelajar juga.

Alhamdulillah Yana kembali setelah lama berkelana dalam dunia realiti.

Untuk kali ini Yana akan berkongsi ilmu yang Yana ada untuk manfaat kita bersama. InsyaALLAH.

Terus kepada topik utama, Jongkong Emas, Duit Masa Depan.




KENAPA???


1.Simpan duit, kita akan rasa nak korek je, betul tak? Tak nak kata orang, Yana sendiri memang macam tu dulu. Lama-lama simpanan pun entah kemana tapi sekurangnya Yana berjaya simpan sekejap. Hehehe.

2.Ramai orang terutama golongan muda susah sangat nak menyimpan, mana tidaknya, keinginan peribadi dah lama tersenarai dalam memori sebaik saja dapat kerja.

3.Duit makin simpan makin sikit. Memang,jumlah nombor yang makin besar dalam bank atau dalam medium pelaburan lain hakikatnya kuasa beli makin kurang (dipengaruhi inflasi).


Cukup la tiga penyebab utama ini yang merupakan penyebab utama kita tiada simpanan atau ada simpanan tapi makin sikit walau telah bertahun kerja.


Alhamdulillah walau sedikit lewat namun Yana bersyukur kerana telah mula membuat simpanan jongkong emas ini secara sikit-sikit je, semampu kita aje malah serendah RM100 sebulan.

Haa, jangan terkejut ye,nak simpan emas ini tak perlu ada modal banyak pun.


TESTIMONI SENDIRI

Sejak mula menyimpan emas ini, secara automatik setiap kali nak belanja, Yana akan tapis dulu barang itu perlu atau tidak.Selalu akan fikir baik beli emas.Lagi bagus.

Yang bestnya lagi bila mula simpan emas je, kita akan rasa nak tambah je jumlah emas kita kalau ada duit. KENAPA MACAM TU???. Haa itulah magiknya simpan emas, bila dah mula simpan emas, kita akan rasa nak tambah je, kalau simpan duit rasa nak belanja je kan,beli itu ini yang mengarut je lebih sebenarya. Diam-diam duit makin surut.

Alhamdulillah akhirnya, sekarang Yana adalah simpanan sikit, jadi untuk kawan-kawan Yana di luar sana, kalau memang susah sangat nak menyimpan, memang Yana boleh kata anda wajib simpan jongkong emas. Yana boleh tolong kalian membuat simpanan emas sendiri.

Dulu Yana ambil masa setahun lebih juga untuk cari tempat terbaik dan emas terbaik untuk mula menyimpan yang akan memberi kemudahan untuk kita kemudian hari. Mana taknya, kita nak alih duit kita jadi emas, mestilah kena cari tempat yang boleh dipercayai dan sebagai orang Islam semestinya Yana akan cari tempat yang ada sijil dan disahkan patuh syariah.

Syukur sangat jumpa dengan tempat simpan emas yang sekarang ini.

EMASNYA(KETULENAN 999.9),MURAH,MUDAH DAN PATUH SYARIAH.

Malah banyak lagi kelebihan lain yang tiada pada jongkong emas keluaran lain.

Antaranya, dah ada emas mesti kita akan guna bila terdesak kan,semestinya kita akan fikir nak jual atau gadai tetapi Yana nasihatkan lebih baik gadai sahaja jika ada sumber duit untuk tebus nanti. Alhamdulillah emas tempat Yana beli ini memang senang nak gadai di banyak pusat gadaian di Malaysia hari ini. Terbaiknya lagi kita boleh gadai di tempat kita beli ini sendiri, bagus kan.

Sedikit perkongsian bagusnya simpan emas adalah nilainya tidak akan jadi kosong malah emas terus bernilai tinggi walaupun telah jadi serbuk. Berbeza dengan duit kertas, nilai makin turun seperti sekarang malah nilainya boleh jadi kosong jika tiada lagi jaminan dari kerajaan kita. Malaysia pernah berpengalaman ketika Jepun memerintah kita dulu, duit pisang yang ada ketika itu tiada lagi nilainya setelah Jepun tewas.

Emas juga tidak boleh dicipta atau dihasilkan oleh manusia, sebanyak mana yang ada dalam muka bumi,sebanyak itu saja yang kita boleh jumpa. Malah emas juga tidak boleh dimusnahkan,telah banyak kes duit simpanan hangus dalam kebakaran rumah tetapi tidak dengan emas.

Emas adalah aset yang kita mudah miliki berbanding aset positif lain seperti rumah dan tanah.

Emas juga kalis inflasi, malah nilainya makin tinggi dalam jangka masa panjang. Boleh google harga emas 1gram dulu berapa ringgit. Hari ini di tempat Yana simpan emas ini, 1gram berharga RM174.

Ok cukup itu dulu, ada lagi kelebihan lain sebenarnya bila kita ada simpanan emas. Lagipun kita tidak perlu alih semua duit kita kepada emas, nanti nak bayar bil, nak makan, tak kan nak bayar dengan emas kan, cukup 10% sahaja duit kita, alih kepada emas sebagai persediaan untuk kelemahan simpan duit. Orang yang pelbagaikan simpanan sebenarya lebih bagus dalam mengurus kewangannya mengikut kemampuan masing-masing, yang penting mesti ada.

Rasanya cukup itu dulu perkongsian Yana buat tulisan sulung Yana simpanan jongkong emas.
Ada masa nanti Yana kongsikan pula jenis emas terbaik untuk simpanan jangka panjang dan sebabnya. InsyaALLAH.

Untuk kawan-kawan Yana yang ingin tunjuk ajar dari Yana untuk sama-sama menyimpan emas, boleh hubungi Yana di talian yang masih sama ye. Yana adalah dealer sah yang dilantik untuk bimbing kawan-kawan, Yana tak jual emas ye, Yana bertanggungjawab untuk pandaikan kalian menyimpan emas juga seperti Yana. InsyaALLAH, sama-sama kita belajar ilmu bermanfaat ini.

https://azlanalamin.com/order/form/RPSJJ01/SZN137



Ok terima kasih sudi singgah disini,semoga bermanfaat ye. Jumpa lagi.

Wassalam.

Yana
PG91847
0123573246





ESP Shaklee | Harga Khasiat Dan Kelebihan | Best Ke?

Saturday, October 25, 2014

ESP Shaklee | Harga Khasiat Dan Kelebihan |Best Sangat Ke?


energizing soy proteinAssalamu'alaikum Wrmbth, 

Energizing Soy Protein Shaklee. 

Dah ramai yang kenal dan telah cuba ESP. Satu produk yang dah capai tahap fenomena.

Mana taknya, setiap bulan habis je. Terpaksa restok pun habis juga. Mashaallah.

Inilah penangan daripada produk hot selling ni.

Produk ni menjual sendiri.

Sebab ramai orang dah biasa dengan ESP ni, tak perlu di dedahkan kelebihan yang ada pada Energizing Soy Protein ni.

Jom kenali produk terlampau femes dari shaklee ni.


Apa Itu Energizing Soy Protein Shaklee (ESP)?

ESP adalah minuman protein berasaskan soya. Ala ala minum air soya ni. Emm kalau kawan kawan alahan dengan soya tak dapatlah mencuba ESP ni.


Bezanya dengan kacang soya dipasaran, kacang soya yang digunakan adalah jenis ASLI.

Anda mesti tertanya tanya, apa yang ASLInya dengan kacang ni.

Kacang ni tak melalui pengubahsuaian genetik. Hasil campur tangan saintis untuk banyakkan hasil tuaian dan menjadikan ia bebas penyakit. Nama lainnya GMO (Genetically Modified Organic).


Tumbuhan GMO ni bawa mudarat pada manusia dan haiwan. Sebab serangga pun tak berani serang.

Cuba anda teka kenapa? Serangga tu tau ada mudarat pada tumbuhan ni.

Kalau serangga pun tak berani makan, cuba teka apa kesannya pada manusia.

Macam orang dulu dulu cakap la, kalau nak makan sayur,makan yang ada digigit ulat, sebab yang tu tak ada racun,lebih kurang macam tu. Kalau yang hijau pekat je daun tu sebab banyak racun.

Cube google, kenapa GMO ni berbahaya.

Jadi saintis shaklee dah buat kajian pada kacang soya asli dan cari manfaatnya.

Alhamdulillah, hasinya Energizing Soy Protein Shaklee yang kaya dengan 22 asid amino.

9 daripadanya tidak boleh dihasilkan badan.

Asid amino berbeza digunakan badan untuk hasilkan sel baru dan ganti sel yang dah rosak.

Dan semuanya alhamdulillah ada dalam ni.

Bestkan uolls.

Kenapa Makan ESP Shaklee?

Salah satu sebabnya ialah semua orang boleh minum kecuali yang ada alahan dengan soya.

Dari yang muda, kanak kanak, kepada ibu mengandung, menyusu dan warga emas, semua boleh dapat manfaat darinya.

Satu produk untuk pelbagai kegunaan. Boleh tahan.


Apa kelebihan ESP Shaklee?

1. Haa.. Meh pakat minum ESP. Mak ayah, anak, datuk nenek, insyaallah semua boleh minum.

2. Awet  muda. Makanan kecantikan. Badan kita perlukan zat dari asid amino membina sel baru. Sel berbeza perlukan bahan mentah berbeza (asid amino)

Alhamdulillah semua asid amino tu ada dalam ESP. Senangkan.

Tak perlu makan banyak untuk dapat semua. 

3. Siapa ada masalah jantung? ESP membantu rendahkan paras kolestrol. Insyaallah dapat kurangkan risiko sakit jantung dan osteoporosis.

4. Tiada bahan pengawet dan bahan kimia. 100% sumber semulajadi

5. Bagus untuk kesihatan prostat lelaki. Anda mesti beri orang tersayang makan ni. Ayah, suami, tunang dan anak. Kajian menunjukkan ia boleh mencegah sel kanser dari merebak.

6. Mempunyai anti oksida pemusnah radikal bebas. Kenapa bagus ek? Nak elakkan kanser.

7. Membantu pemulihan luka yang lebih cepat. Sangat sesuai untuk pesakit, ibu baru bersalin dan menjalani pembedahan. Mommies best friend.

8. Energizing Soy Protein Shaklee memberikan sumber tenaga yang tahan lama. Anda akan kenyang lebih lama dan sesuai untuk diet.

9. Baik untuk kulit dan rambut. Uban lambat keluar, dan kurangkan pigmentasi kulit.

10. Makanan minda. Baik untuk memori anda.

Harga ESP Shaklee?

Agak agak berapa harga ESP shaklee ni?. Mesti mahal,tengok la khasiat dia kan. Emm price of quality gitu hehehe. Harga dia dalam RM100 plus plus la jugak untuk 1 jar 850gram. Bekas dia besar la antara botol botol vitamin shaklee yang lain.

InsyaALLAH boleh tahan selama sebulan atau lebih bergantung cara pengambilan.

Kalau ramai minum dan amik banyak dalam sehari, cepatlah habis kan, tapi takpe kalau dah habis calling calling la Yana ye,hehehe. Beli banyak,insyaALLAH Yana bagi harga kasih sayang giteww. 


Okey babai semua,jumpa lagi.

https://azlanalamin.com/order/form/RPSJJ01/SZN137



Wassalam.


Jika anda mempunyai soalan atau berminat dengan ESP boleh terus hubungi Yana;

Call / SMS / WhatsApp: 012-3573246 
ID Shaklee: 1083548