Kenapa Makan Lecithin Alfalfa Berat Naik | Dilema Pengguna Set Kurus Shaklee

Tuesday, October 22, 2013

Kenapa Makan Lecithin Alfalfa Berat Naik | Dilema Pengguna Set Kurus Shaklee


Assalamu'alaikum Wrmbth, 


Alhamdulillah, Yana masih diberi kesempatan untuk berkongsi dengan anda semua dalam blog ini.


So dalam entri ini, Yana nak berkongsi dengan anda semua, memandangkan ramai yang bertanya Yana mengenai cara betul nak makan set kurus shaklee.

Walaupun dorang bukan customer Yana, tapi tidak salah kan kalau Yana cuba bantu setakat yang Yana tahu.

Untuk memudahkan semua, Yana akan kongsikan di blog ini cara betul makan set kurus shaklee ni.

Alhamdulillah tahniah kepada kawan kawan yang dah mendapat kesan positif dari pemakanan set kurus shaklee ni.


Tapikan, ada juga yang dapat kesan sebaliknya.




Ini soalan yang diterima Yana beberapa kali
Kenapa Makan Lecithin Alfalfa Berat Naik? Selera Makan Menjadi Jadi
Hehe, kenapa jadi macam tu pulak? Musykil je. Kalau bukan sebab produk yang tak berkesan, ini mesti ada kaitan dengan cara hidup pengguna tu.


Artikel Ini Akan Membantu Kawan Kawan
1. Mengetahui Sebab Berat Badan Bertambah Walaupun Mengambil Set Kurus  
2. Cara Makan Yang Betul Untuk Kurus

Nanti kita sama sama rungkai semuanya. Hihi. Oleh sebab cara kita makan ni berlainan, hasil pun boleh jadi berbeza. Contoh mudah, makan buah.

Kalau kita ikut nabi Muhammad SAW, sunnah makan buah dulu sebelum makan makanan berat. Apa kelebihannya?

Pertama dapat pahala sebab sunnah nabi. Kedua, penghadaman makanan akan jadi lebih cekap. Betul, boleh tanya pakar diet.

Alih2 saintis mat salleh baru buat kajian, padahal cara ni telah lama diamalkan oleh nabi kita. Sekarang ni dah ramai makan buah dulu sebelum makan. 



Kenapa Makan Lecithin Dan Alfalfa Berat Badan Naik?

Yana senaraikan beberapa kemungkinan, cuba kawan kawan fikir semula. Ada tak anda buat perkara dibawah ni?

  1. Makan lecithin dan alfalfa semasa perut kosong sebelum selesai makan?
  2. Makan lebih dari sukatan dicadangkan?
  3. Makan set kurus ikut dos, tapi masih makan makanan berminyak macam nasi lemak dan roti canai tengah malam dan tak bersenam langsung?
Bila anda makan lecithin dan alfalfa semasa perut kosong, makanan akan cepat dihadam dalam perut dan membuatkan perut cepat lapar. 

Kalau kita makan dengan cara yang betul, ambil lepas makan, perut akan terasa kenyang lebih lama dan selera makan akan turun. 


Ditambah pula dengan tugas lecithin yang akan menghalang pembentukan lemak dalam perut dengan pecahkannya jadi titisan kecil. Ingat lecithin pun kena makan dengan betul.

Tugas lecithin akan disempurnakan pula oleh alfalfa yang akan membantu pembuangan lemak ini dan toksin dalam badan. Kalau kawan kawan faham ni, in syaa ALLAH akan mudah proses diet tu.


Kesan Pengambilan Lecithin Dan Alfalfa Berlebihan

Jika anda mengambil lecithin dan alfalfa dalam kuantiti yang berlebihan, makanan akan cepat dihadam dan perut jadi cepat lapar. Selera makan makin naik, jawabnya duk menghadap makanan je la kita. Hehe.

Seterusnya kemungkinan anda selalu skip breakfast kan? Tak elok tu, mungkin anda tak berselera atau tak sempat makan pagi, tapi walau apapun, cuba jugak makan sikit untuk alas perut. Ikut kajian kalau kita skip breakfast, hari tu kita akan makan lebih dari biasa. Sebab tu orang putih kata
 "Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a pauper
Cara makan yang baik adalah makan lebih kerap dalam kuantiti sedikit. Makan 5 kali sehari dalam kuantiti sikit lebih baik daripada makan 2 kali sehari tapi banyak.

Ingat sunnah nabi, makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. Maksudnya mendalam tu. Makan sikit tapi kerap kan. Nabi kita Muhammad SAW dah ajar perkara ni lebih 1000 tahun lepas. Baru sekarang penyelidik barat bukan Islam buktikan benda ni.

Paling utama, jika anda makan banyak sangat, semua makanan berlemak dan berminyak, tapi tak bersenam dan harapkan makan lecithin dan alfafa untuk kurus. Anda boleh tahu jawapannye. Input lebih dari output. 

Cara Makan Lecithin Dan Alfalfa Yang Betul Untuk Kurus


Dengan amalan makan set kurus yang betul dan amalkan cara hidup sihat. In syaa ALLAH dengan kesungguhan dan tindakan berterusan, berat akan turun juga. Klik untuk Cara makan lecithin dan alfalfa dengan betul.

Nak cepat lagi, banyakkan aktiviti naik tangga dan kurangkan penggunaan lif. Bersenam jugak tu. Untung kan sesape yang duk umah tinggi2 tu. 

Lagi best, dukung anak kesana kemari pun boleh bakar kalori tanpa disedari. Kita sihat anak pun ceria.


Jika Kawan Kawan Ada Soalan, Hubungi Yana;

Call / SMS / WhatSapp: 012-3573246 
ID Shaklee: 1083548
Email: noriana47@gmail.com

1 comment: