5 Rahsia Pemakanan Kawal Kencing Manis | VIVIX Shaklee

Saturday, December 21, 2013

5 Tips Pemakanan Kawal Kencing Manis | VIVIX Shaklee. Cadangan Pengedar Shaklee Memang Terbaik.


Assalamualaikum Wrmbth


Apa khabar kawan kawan hari ni? 

Doa Yana agar kita semua sentiasa diberikan nikmat kesihatan yang baik dari ALLAH SWT. Dan sama sama juga kita doakan saudara2 kita yang sedang diuji dengan apa apa penyakit supaya dipermudahkan segalanya dan cepat sembuh.

Yana nak mengajak kawan kawan, jom kita sama sama mencegah penyakit kerana seperti yang kita tahu majoriti penyakit itu datangnya dari perut kita sendiri.

Terutama kencing manis. Jadi untuk kali ni Yana nak kongsikan tips rendahkan risiko kencing manis.

Memang betul VIVIX Shaklee elok untuk kencing manis. Tapi kan bagus kalau kita dapat cegah dari awal dengan jaga makan dan amalkan cara hidup sihat.




Vivix memang bagus tapi harga boleh tahan juga kawan kawan. Nak2 kalau kita banyak komitmen lain nak bayar. 


Dengan pengambilan vivix, disusuli amalan cara makan dan pengambilan yang betul dan seimbang, hasilnya memang terbaik.

Kecuali kawan kawan minum untuk manfaat dan kebaikannya menjadikan anda awet muda. 

Isi Penting Dari Artikel Ni;
1. Tabiat Pemakanan Yang Bagus Untuk Pesakit Diabetis/Kencing Manis.
2. Makanan Yang Elok Dimakan Oleh Pesakit Diabetis/Kencing Manis.



Siapa cakap kalau dah menghidap kencing manis, tiada harapan dah nak sembuh, tidak kawan kawan.

Cuma penyakit kencing manis yang dihidapi akan mengubah cara hidup kita sahaja dan badan rasa lemah tak bermaya.

Disebabkan itu, selalu kena pantau makan dan cek paras gula dalam darah kita supaya berada dalam tahap yang baik dan tidak membimbangkan.

Yana percaya kawan kawan Yana juga telah cuba mendapatkan vivix sama ada untuk diri sendiri atau untuk ibu bapa tersayang.


Kerana antara khasiat dan kelebihannya memang untuk mengurangkan kemudaratan dan kesengsaraan penghidap diabetis. 

Lepas tu kita padankan pulak dengan tip pemakanan untuk pesakit kencing manis, pasti kita dapat lebih banyak manfaatnya.

Tips ni untuk pengamal vivix dapatkan hasil terbaik.



Jom baca apakah tips2 itu;

Pesakit kencing manis perlu kawal pengambilan karbohidrat. Sumber makanan yang tinggi dengan karbohidrat pula adalah nasi dan roti putih.   

Sebab?

Karbohidrat meningkatkan kandungan gula dalam darah. Roti putih mudah dihadam dan memerlukan masa yang singkat untuk ditukarkan kepada gula. Itu yang mempercepatkan kandungan gula dalam badan kita.

Jadi kena berhati hati dengan makanan ini. Tetapi kalau nak makan jugak roti, boleh tapi amik roti gandum atau yang bijirin penuh tu.

Jika penghidap kencing manis terus juga mengambil nasi dan roti putih, kandungan gula dalam badan akan naik dengan cepat dan akan mendatangkan masalah lain. 

Sebab badan kurang hormon insulin untuk bakar gula dalam darah kita berbanding makan roti gandum dan bijirin penuh kerana perut kita ambil lebih banyak masa untuk hadamkan. Bila lambat hadam,
kandungan gula dalam darah takkan naik dengan cepat.



Tips kesihatan memilih makanan yang lambat dihadam

Bila kawan kawan beli roti gardenia, tepi bungkusan tu ada nombor bernama Index glisemik /glisemic index.

Lagi rendah nombor tu lagi lambat dihadam. Dan lagi lama perut kita kenyang. 

Kurang enaknya, roti yang rendah nombor glisemik ni mahal dari roti putih. Macam ESP Shaklee dan madu, nombor glisemiknya rendah.

Lambat dihadam. Sebab tu kawan kawan makan rasa kenyang lebih lama. Sesiapa nak diet elok makan untuk kurangkan berat badan.


Tips Makanan Yang Bagus Untuk Penghidap Diabetis/Kencing Manis 


Makanan dibawah ni elok untuk diabetis

1. Susu

Berdasarkan kajian yang dibuat, wanita yang mendapat zat kalsium dan vitamin D setiap hari mempunyai kemungkinan yang lebih rendah untuk menghidap kencing manis. 

Sebabnya vitamin D membantu penyerapan kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

Alhamdulillah vitamin D kita boleh dapat percuma dari matahari. Bila kulit kite kena matahari, automatik ia akan menghasilkan vitamin D.

Dan lebih menarik, bila kita bersukan, bukan je dapat vitamin D, malah kita padatkan dan kuatkan tulang sekali. 

Sebab tu kalau kita kurang bersenam dan selalu makan pulak makanan yang tinggi kandungan gula, senang kena penyakit kencing manis.

Sebab tu jugak ramai penghidap kencing manis ni, kebanyakkan kerja dalam pejabat, confirm dah xdapat cahaya matahari untuk vitamin D dan selalunya mereka tak sempat untuk bersenam.

Ada kaitan tak dengan kencing manis? Ada... Kencing manis ni menyerang kita yang kurang bersenam dan tertekan.

Kan ramai dari kita tertekan dan untuk balas dendam dengan tekanan kita makan sepuas puasnya. Makan fast food pulak tu.


2. Salmon 

Kenapa salmon, ikan lain xboleh ke ek. Sebab ikan salmon kaya dengan omega 3. Omega 3 akan bantu kita kawal nafsu makan. 
Bila perut kurang lapar, kitapun kurang la makan.

Dan pada masa yang sama kurangkan pengeluaran insulin dalam badan. Omega 3 juga akan bantu badan kita kurangkan pengeluaran hormon serotonin yang menyebabkan kelaparan.

Bila dah jadi macam ni, badan terpaksa bakar simpanan lemak. Sonok je, badan jadi makin slim dan kurus. Dah terpaksa sihat kan. 

Lagi pulak omega 3 elok juga untuk kurangkan risiko penyakit jantung sebab ia halang pembentukan lemak tak sihat dalam badan. 

Takdelah lemak tu nak melekat pada injap jantung dan dinding salur darah. Automatik dapat kurangkan risiko kena strok kan. Kan maveles tu. 

Sekarang tak semestinya amik salmon untuk dapatkan omega 3 tu sebab kita dah ada telur omega 3.

Tetapi satu je Yana nak pesan, omega 3 ni cepat rosak bila kena suhu. Pastikan cara masak tu betul. 

Sebab bila omega 3 tu rosak,ia akan bertukar jadi bahan lain yang memudaratkan.

Nak lebih selamat dan senang, makan omegaguard shaklee je. Dihasilkan dari ikan tulen dan bukan dari bahagian hatinya. Kerana hati adalah tempat pengumpulan racun dan logam berat seperti merkuri dan plumbum.

Makan je omegaguard shaklee, takyah risau risau khasiatnya rosak ya. Omega 3 juga baik untuk perkembangan insulin dalam badan.


3. Bijirin dan Oatmeal 

Bijirin ni banyak serat dan lambat hadam. contoh bijirin yang baik adalah gandum dan oat. 

Jangan makan bijirin sarapan yang banyak gula tu tau. Ada yang selalu keluar tv untuk kanak kanak tu. 

Yang tu banyak gula, kalau makan yang tu makin teruk kencing manis. Beli yang plain je.

Nak manis tambah buah buahan yang sihat dan madu. 
Lagi berkhasiat.



4. Blueberry

Berperanan menurunkan kolesterol dan lemak.Pterostilbene yang terdapat di dalam blueberry menunjukkan kesan protein reseptor yang distimulasikan dalam sel. 

Pterostilbene juga mungkin membantu melawan kanser dan diabetes. 


5. Brokoli 

Sayuran hijau yang ohsem. Banyak sangat khasiatnya. 

Kajian ada menunjukkan yang sayur brokoli ni ada zat dan khasiat untuk membantu pemulihan salur darah yang rosak kerana kencing manis. 

Peneliti dari Universiti Warwick meyakini, zat sulforaphane yang terkandung di dalamnya membantu memulihkan pembuluh darah.


6. Bawang Putih

Sebab apa orang berbangsa cina memang suka makan bawang putih.

Memang baunya kurang menyenangkan tapi khasiatnya memang bagus untuk pesakit kencing manis.

Pesakit kencing manis akan kehilangan zat kalium dari badan mereka dan jika teruk sangat kehilangannya, boleh pitam dan pengsan.

Bawang putih ni ada banyak mineral seperti kalium, zink, mangan dan sulfur yang elok untuk kencing manis.

Tapi ada 1 cara jika kawan kawan tak boleh makan bawang putih, boleh makan vitalea with iron shaklee. Multivitamin yang kaya dengan vitamin dan mineral untuk badan yang sihat.

Yana rasa cukup dulu sampai sini ye. Semoga kita semua dapat manfaat daripada tips pemakanan kawal kencing manis ni. Tak boleh harapkan vivix shaklee je tau. Kering poket dan wallet tu nanti.

Yana harap semoga artikel ini memberi sedikit sebanyak manfaat untuk kita semua. In syaa ALLAH.


Terima kasih masih sudi kunjungi blog Yana, jemput2 lah datang lagi ye.

Kita jumpa lagi nanti. In syaa ALLAH.

Wasalam.


Jika kawan kawan ada sebarang pertanyaan, Yana ada tinggalkan nombor untuk dihubungi; 



HP: 0123573246
ID Shaklee: 1083548
Gmail: noriana47@gmail.com

No comments:

Post a Comment