Set Kesuburan Shaklee, Cadangan Pengedar Shaklee Untuk Suami Isteri Berharapan Besar

Wednesday, December 18, 2013

Harga Set Kesuburan Shaklee | Kehamilan Kini Lebih Mudah Selepas Lebih 1Tahun Mencuba

Assalamualaikum semua

Kawan kawan sedang berikhtiar untuk mendapatkan anak? 
Set Kesuburan Shaklee Untuk Suami Isteri Lelaki Wanita

Saban hari, ramai pasangan suami isteri telefon Yana dan pengedar shaklee bertanyakan set kesuburan Shaklee untuk suami isteri yang mempunyai masalah kesuburan.

Macam mana mereka yakin yang mereka tidak subur? Berdasarkan kajian, pasangan yang sudah berkahwin lebih setahun tetapi masih belum mening cahaya mata mempunyai masalah ini.

Kajian juga menunjukkan, 33% masalah kesuburan disebabkan suami, 33% disebabkan isteri dan selebihnya faktor luaran seperti pemakanan dan gaya hidup.

Yana perasan, macam dah jadi fenomena sekarang ni. Dalam sesebuah keluarga mesti ada saudara mara yang ada masalah hamil ni kan.

Keluarga Yana juga tidak terkecuali. Alhamdulillah, setelah mereka mencuba set kesuburan shaklee untuk lelaki dan wanita, ramai yang mendapat hasil positif.

Haa, salah satu daripadanya adalah dari mentor Yana sendiri iaitu Kak Mazni dan suami yang telah berjaya hamil untuk anak kedua setelah lama mencuba. Alhamdulillah, seronok sangat dengar kan.

AMARAN: JANGAN KLIK VIDEO INI JIKA ANDA TIDAK MAHUKAN ANAK



In syaa ALLAH perkongsian Yana Ini Diharap Akan Membantu Anda Mengetahui
1. Harga Set Kesuburan Untuk Suami Isteri
2. Aturan Makan Yang Betul Supaya Mendapat Hasil Terbaik
Langit tak selalu cerah, kadang kadang sukar untuk hamil kali pertama, sehinggakan suami isteri habis bergolok bergadai untuk mengandung.

Dan akhirnya bila si isteri mengandung dan melahirkan anak, usaha untuk mendapatkan anak kedua dan seterusnya tidak begitu sukar.

Ada juga yang terbalik, macam kawan baik Yana ni, Kak Mazni dan suaminya. Sebenarnya, alhamdulillah Kak Mazni dan suami tiada masalah untuk hamil anak pertama tetapi,

Tanpa diduga, ujian ALLAH, amat sukar untuk mereka dapatkan anak kedua disebabkan masalah tidak subur

Yana nak kongsi dengan kawan kawan, antara sebab berlakunya masalah ini adalah tekanan tempat kerja dan pengambilan makanan yang tidak berzat.

Zaman sekarang ni, buah buahan dan sayur sayuran memang nampak segar dan cantik, tapi penuh dengan racun serangga dan pengawet. 

Sehinggakan khasiat didalamnya rosak. Betul, baru petang tadi Prof dari Pusat Perubatan Universiti Malaya berkongsi di IKIM, buah buahan yang disimpan lama mempunyai kandungan vitamin yang rendah.

Sebab apa? Sebab sebaik sahaja dipetik dari pokok, buah tersebut mengalami pengurangan zat.

Kena cepat2 makan ya.

Suami isteri sebenarnya mempunyai Punca Berbeza Untuk Sukar Hamil. Nanti kawan kawan boleh baca di penghujung artikel ye faktor penyebab ketidaksuburan suami isteri.


Set Kesuburan Shaklee Untuk Isteri (Vitalea dan GLA)
Set Kesuburan kehamilan shaklee
Vitalea(120 biji) RM89
Set Kesuburan kehamilan shaklee
                         GLA Complex(60 biji) RM91

Jumlah harga set kesuburan isteri (Termasuk Pos RM10) =RM190

Set Kesuburan Untuk Suami (Vitamin E dan Zink)

Set Kesuburan kehamilan suami isteri shaklee
Vitamin E Complex RM149
Set Kesuburan suami lelaki
              Zinc Complex RM34


Jumlah harga bagi Set Suami (termasuk pos RM10) =RM193



Berdasarkan pengalaman Kak Mazni dan suaminya, kawan kawan dicadangkan berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan untuk mengetahui anda atau pasangan yang mempunyai masalah kesuburan.

Kenapa nak jumpa doktor?

Antara sebabnya ialah supaya suami boleh membuat ujian kiraan sperma dan mengetahui kualiti sperma yang dihasilkan baik atau tidak. 


Kalau kuantiti dan kualiti sperma tak memuaskan, kena buat sesuatu.

Bagi kaum wanita dan Isteri, pemeriksaan kesihatan ovari dan ovum elok dilakukan.

Manalah tahu ada masalah cyst ataupun endometriosis.

Sekiranya kita telah mengetahui puncanya, lebih mudah untuk diselesaikan.

Takdelah teraba raba dalam gelap cari penyelesaian. Sedangkan masalahnya pun kita tak tahu.

Bagaimana Mendapatkan Hasil Terbaik Daripada Penggunaan Set Ini


Cara Makan Set Kesuburan Lelaki
  1. Suami dinasihatkan makan 2 biji tablet semasa perut kosong. Contohnya selepas bangun tidur, 2 jam sebelum makan tengahari dan 2 jam sebelum makan malam.
  2. Kenapa? Zink tidak sesuai diambil bersama makanan dan minuman bersusu, kalsium pada makanan akan menghalang penyerapan zink yang optimum.
  3. Bijirin daripada roti dan biskut pula mengandungi phytate yang dapat bergabung dengan zink dan menyebabkannya sukar diserap. Sebab tu kita digalakkan makan zink semasa perut kosong.
  4. Kemudian SELEPAS makan tengahari makan 2 biji vitamin E ya. Kenapa? Sebab vitamin E larut dalam minyak. Waktu lunch kan biasanya kita makan makanan bergoreng. Lebih mudah vitamin E larut dalam minyak dan diserap badan.
Cara Makan Set Kesuburan Wanita
Set Kesuburan Shaklee UNtuk Lelaki Wanita Harga


Badan kita ni dah terjejas kerana makanan dan gaya hidup yang diamalkan. 

Jika kita merokok, bahan kimia dari rokok akan mengganggu paru paru untuk berfungsi dengan baik dan sebagainya.

Jadi, sebagai permulaan badan kita perlukan zat dan nutrien untuk pemulihan. Kaedah dibawah adalah cadangan untuk kawan kawan ketika pengambilan set kesuburan.

Peringkat Pertama: Pengguna baru GLA complex. Pengambilannya In syaa ALLAH membantu menstabilkan hormon badan supaya kembali subur
  1. Kawan kawan yang mempunyai masalah gangguan hormon dan period yang kurang menentu.. kejap 22 hari.. kejap 28 hari.. kemudian 35 hari memang sesuai makan GLA
  2. Sepanjang bulan pertama pengambilan GLA, ia mestilah diambil SETIAP HARI.. Mulakan makan sejak hari pertama period hingga period semula. Ambil 2 kali sehari. 1 biji semasa sarapan dan 1 biji lagi semasa makan malam.
  3. Vitalea pula makan 1 biji sehari. Jangan makan sekali dengan GLA ya.
  4. Jika kawan kawan ada ambil vitamin E shaklee untuk tujuan lain (contohnya kecantikan kulit), jangan makan serentak dengan GLA ya. Kerana akan kurangkan kesannya.
  5. Melalui feedback kawan kawan dan pengalaman sendiri, dengan memakan GLA, hubungan intim suami isteri akan semakin bermakna. Betul.
  6. Satu perkara harus diberi perhatian, ada kes tu dalam bulan pertama makan GLA saja sudah berjaya hamil. Dan Alhamdulillah Mazni pun bertuah mendapat berita gembira kehamilan anak kedua tak sampai sebulan makan GLA.
  7. Jadi apa yang kawan kawan perlu buat ialah, jika haid datang lambat bulan pertama tu, buat Urine Pregnancy Test pada tarikh anda sepatutnya period. Jika POSITIF terus HENTIKAN pengambilan GLA.
  8. Jika masih tidak hamil pada bulan pertama dan period datang macam biasa, kita masuk peringkat ke 2 pula.

PERINGKAT KE 2: Selepas kestabilan hormon badan
  1. Bulan kedua berbeza dengan yang pertama ya. Kawan kawan perlu tentukan berapa hari kitaran haid normal kita. Nak tahu dengan mudah, kita tandakan atas kalender setiap bulan. Contoh kali ini kita ambil 28 hari.
  2. Bahagikan bilangan hari dalam kitaran haid anda dengan 2. 28 hari bahagi 2 ialah 14 hari.
  3. Menurut kiraan ini, masa subur anda pada hari ke 14 datang haid.
  4. Ambil GLA complex 1 biji sehari sejak hari pertama period sehingga sehari sebelum waktu subur iaitu hari ke 13.
  5. Bermula hari ke 14 tak perlu makan GLA lagi, tapi vitalea makan macam biasa, 1 biji sehari
  6. Sekiranya period anda datang lambat bulan tu, buat UPT. Jika positif, tahniah kehamilan anda 99% tepat. Beli UPT yang mahal sikit ya untuk ketepatan yang lebih. Jangan beli yang murah murah diinternet. Banyak kes tipu.
  7. Jika haid datang macam biasa, ulang FASA ke 2 ini sehinggalah hamil ya. Insyaallah.
  8. GLA tak boleh dimakan semasa hamil kerana boleh sebabkan keguguran.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sambil sambil mencuba untuk mengandung, ada beberapa perkara yang patut kita tahu untuk meninggikan peluang kehamilan. 

8 Punca Sukar Dapat Zuriat
Adakah anda melakukan amalan dibawah tanpa anda sedari?
  1. Hubungan intim suami isteri di luar waktu kesuburan
  2. Tekanan dipejabat
  3. Tertekan keranan terlampau inginkan anak
  4. Amalan pemakanan yang tidak sihat
  5. Tabiat pemakanan yang tidak seimbang
  6. Merokok dan mengambil arak
  7. Terlalu banyak bergantung pada ubat-ubatan. Contohnya ubat darah tinggi dan tekanan
  8. Kerap berada di kawasan yang tercemar
  9. Berat badan yang tidak ideal. Terlebih gemuk atau sangat kurus

Kawan-kawan jangan lupa ye hubungi Yana kalau ada pertanyaan;

HP: 0123573246 
ID Shaklee: 1083548
Email: noriana47@gmail.com
  


No comments:

Post a Comment