Set Bersalin Shaklee | Set Berpantang Terbaik Untuk Ibu Dan Bayi

Friday, December 6, 2013

Set Berpantang Shaklee Untuk Ibu Dan Bayi | Cadangan Pengedar Shaklee Memang Terbaik


Assalamualaikum para ibu yang prihatin,

Berjumpa lagi kita, bak pepatah melayu
"JAUH DI MATA DEKAT DI HATI", in syaa ALLAH semoga ukhwah kita sentiasa terjalin.

Sekarang dah bulan 12, ramai kawan-kawan kita mendapat ANUGERAH
yang tidak ternilai daripada ALLAH SWT dan
mungkin kawan-kawan sendiri ada yang mendapat anugerah tersebut pada bulan ini kan.
Dan ramai juga yang masih menanti detik-detik kehadiran cahaya mata baru.



Alhamdulillah dan tahniah Yana ucapkan, mesti seronok sangat dapat ahli baru
dalam keluarga kita.

Jadi pada petang Jumaat yang indah ini, Yana ingin berkongsi mengenai SET BERSALIN SHAKLEE untuk kawan-kawan yang masih mencari-cari
set bersalin yang sesuai ketika berpantang nanti.

Andaian Yana mungkin ramai ibu-ibu di luar sana yang mungkin sedikit tertekan untuk memilih set bersalin yang terbaik untuk ibu dan semestinya untuk anak juga kan?.

Ok jom, Yana bantu sedikit setakat yang Yana mampu, in syaa ALLAH.

Kenapa MESTI Set Bersalin Shaklee???

Mesti soalan ni bermain-main di fikiran kita, betul tak kawan-kawan?

Pertama: Set Bersalin Shaklee BUKAN JAMU. 

Seperti yang kawan-kawan tahu, ibu yang baru melahirkan anak,

sesetengahnya tidak boleh menggunakan jamu sebab jamu terlalu panas.

Lagi-lagi bersalin melalui pembedahan, memang tidak boleh makan jamu ditakuti memberi kesan sampingan
terutama kepada anak seperti jaundice (demam kuning).

Kedua: 100% SEMULAJADI

Produk-produk shaklee semuanya 100% dihasilkan dengan bahan-bahan semulajadi termasuklah Set Bersalin Shaklee.Contohnya set asas bersalin shaklee ini yang terdiri daripada vita-lea, vitamin c,b-complex dan zinc complex.



Vita-Lea - multivitamin dan mineral hebat disaluti spirulina membantu ibu kekal bertenaga dengan segera dan sangat membantu ibu yang menghadapi masalah tidur semasa berpantang.

Juga menangani masalah kurang selera makan, tekanan darah rendah, depresi, tidak bermaya, lesu, gula rendah dan masalah anemia dengan pembentukan sel darah merah.



Vitamin C - membantu ibu memulihkan luka dengan cepat, meningkatkan sistem imunisasi ibu dan anak serta mencantikkan kulit. Kalau kawan-kawan penat nak makan 7 biji oren, ambil sebiji tablet vitamin C pun dah cukup.

B-Complex - membantu mengawal emosi ibu, memberi rasa tenang dan mengurangkan tekanan kerana B-Complex mengandungi kesemua 8 vitamin penting iaitu B1,B2,B3,B5,B6 dan B12, asid folik dan biotin,juga membantu menghasilkan sel darah baru setelah kehilangan banyak darah ketika bersalin.


Zinc Complex - mengukuhkan akar rambut untuk elak rambut gugur yang selalu terjadi kepada ibu ketika penyusuan anak dalam pantang.



Ok ini dia Set Bersalin Penuh





Ok kawan-kawan untuk set penuh sebenarnya cuma perlu tambah Ostematrix dan ESP.
Ape pentingnya dua produk tu???

Owh penting jugak kawan-kawan dan para ibu sekalian, jom kita tengok kelebihan dua produk ni ye;

Ostematrix - membekalkan kalsium kepada ibu bagi mengelakkan  sakit sendi dan juga dapat mengurangkan tekanan kepada ibu.


Ostematrix


Teruk jugak kesan kalau ibu kekurangan kalsium, sebab banyak kalsium telah diserap dalam susu ibu untuk keperluan bayi seperti kehilangan gigi.

Oh tidaaaak, salah satu mahkota wanita tu kawan-kawan, nak2 sekarang bukan murah untuk merawat gigi, kalau untuk rawatan akar pun dah mencecah ratusan ringgit, malahan ada yang ribuan ringgit mengikut keadaan gigi. 


Kesan lain juga melibatkan tulang dan sakit sendi yang selalu dialami para ibu selepas melahirkan anak.Bayangkan kawan-kawan kalau kita dah melahirkan ramai anak. 


Erm, sebab tu, ada pepatah "Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati" supaya kita tidak ada masalah lagi untuk melahirkan anak-anak seterusnya pada masa akan datang.



Energizing Soy Protein (ESP)



ESP (Energizing Soy Protein) - ok Yana percaya para ibu sekalian telah maklum akan kebaikan protein soya, sebab tu shaklee juga memanfaatkan kelebihan soya dengan menghasilkan ESP. 

Sebenarnya ESP la salah satu penyebab kuat para ibu di luar yang telah mencuba produk ini dengan kebanjiran susu sehingga terpaksa dipam dan disimpan dalam peti ais.


Dan para ibu sekalian jangan risau jika susu tersebut terpaksa disimpan lama kerana ia boleh bertahan selama sebulan tanpa kekurangan nutrient di dalamnya. 



Ketiga: SANGAT MURAH ( TAHAN UNTUK 3 BULAN)

Memang berbaloi sangat kawan-kawan, harga runcit set bersalin asas + pos cuma RM280, set bersalin penuh + pos RM 491.


Keempat: BOLEH TERUS MAKAN SELEPAS BERSALIN

Percaya tak kawan-kawan, boleh terus makan tau, seperti yang Yana bagitahu sebelum ni, set bersalin shaklee BUKAN JAMU, jadi memang boleh terus makan, ada sijil halal dan selamat serta senang dimakan.



Kelima: KONSULTASI PERCUMA SEPANJANG TEMPOH BERPANTANG

Kawan-kawan atau para ibu jangan risau jika tidak tahu cara makan kerana kami ada menyediakan konsultasi percuma untuk penggunaan setiap produk shaklee khas untuk membantu kawan-kawan sepanjang tempoh berpantang.


Owh tapi macam mana untuk orang yang bersalin secara czer atau pembedahan, boleh ke makan set ini, tidak bahaya ker???

Ok, jangan risau para ibu yang bersalin secara pembedahan, jom kita tengok sebab keenam set shaklee ini terbaik untuk semua.


Keenam: BERSALIN NORMAL ATAU PEMBEDAHAN

Set bersalin shaklee memang sangat sesuai untuk kawan-kawan atau para ibu yang bersalin secara czer atau pembedahan apa lagi secara normal kerana kalau kawan-kawan perasan salah satu produk dalam set ini memang bertujuan untuk mempercepatkan luka luaran dan dalaman sembuh.

Ketujuh: RAMAI PENGGUNA BERPUAS HATI

Alhamdulillah sebenarnya, set bersalin shaklee ini telah banyak membantu para ibu di luar sana ketika berpantang dan secara tidak lansung turut memberi kesan baik kepada bayi seperti demam kuning bayi cepat sembuh.

Jom kita baca pengalaman mereka,






           
Dan ini antara pengalaman-pengalaman lain yang Yana kumpulkan secara rawak untuk kawan-kawan menilai sendiri kebaikan set bersalin shaklee;

Rasa cergas bertenaga
Tidak mengantuk siang hari walaupun tidak cukup tidur
Luka dan jahitan cepat baik
Berat badan turun
Susu pekat dan banyak
Baby kuning(jaundice) cepat sembuh
Rahim cepat kecut
Kulit cantik
Sengal-sengal badan dan rasa tak bermaya hilang

Inilah antara pengalaman-pengalaman yang asyik dikongsikan oleh kawan-kawan kita yang mencuba sendiri SET BERSALIN SHAKLEE ni. Mereka ini ada yang bersalin normal dan caesarean. Sekali Yana nak tekankan, ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan jangan risau, pun boleh menggunakan produk ini.

Yang penting jika kita ingin mencari set bersalin pastikan halal dan tidak memberi kesan sampingan kepada ibu dan anak.

Yana menulis ni pun sebab rasa bertanggungjawab untuk menyampaikan kepada kawan-kawan mengenai SET BERSALIN SHAKLEE ini semata-mata ingin membantu kawan-kawan membuat pilihan yang terbaik ketika berpantang dan paling penting dapat menyelesaikan masalah ibu ketika berpantang tanpa ada kesan sampingan.

DAN,

Inilah antara masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu dalam pantang terutama ibu yang baru melahirkan anak pertama;

Susu sedikit
Tidak bermaya dan cepat letih
Luka lambat sembuh.
Rambut selalu gugur


Jadi seperti yang Yana pernah bagitahu sebelum ini, kita hanya berusaha, yang menentukannya hanya ALLAH SWT, terpulang kepada kawan-kawan untuk membuat keputusan terbaik untuk menikmati waktu pantang kawan-kawan nanti.

Yana sangat berbesar hati jika ada kawan-kawan yang pernah menggunakan SET BERSALIN SHAKLEE untuk berkongsi pengalaman kawan-kawan di sini.


Sesungguhnya yang baik itu datang daripada ALLAH SWT dan yang buruk itu daripada Yana sendiri.

Ok rasanya sampai sini dulu untuk perkongsian ilmu pada hari ini, terima kasih banyak-banyak kerana sudi berhenti sekejap di blog Yana.

Semoga entri ini sedikit sebanyak dapat membantu kawan-kawan dan juga para ibu membuat keputusan terbaik untuk set bersalin yang telah dipilih ye.

Kita jumpe lagi dalam entri akan datang. ;-)

Wasalam.


Jika kawan-kawan ingin bertanya lebih lanjut, boleh hubungi Yana, jangan segan-segan ye kita saling berkongsi ilmu;

Call/SMS/Whatsapp : 012-3573246
ID Shaklee: 1083548

Gmail : noriana47@gmail.com

No comments:

Post a Comment