Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee Yang Tiada Dalam Bisnes Lain

Thursday, December 19, 2013

8 Kelebihan Yana Dapat Selepas Daftar Jadi Ahli Shakee


Assalamualaikum kawan kawan, 

SHAKLEE......

Agaknya ramai yang dah tahu kan pasal shaklee ni. Alhamdulillah banyak produknya dah tolong ramai masyarakat kita hari ni. Syukur sangat.


Memang produk2 shaklee dah terkenal sangat sekarang di Malaysia ni. Sebabnya banyak manfaat kita boleh dapat dalam sebiji tablet shaklee.

Pahtu halal,lagi ramai orang Islam boleh pakai, dan juga 100% penghasilannya daripada bahan semulajadi sahaja. No chemistry.
Sebab tu bertambah yakin kita menggunakannya.

Dengan gaya hidup kita sekarang dan juga keadaan persekitaran yang kurang bersih menyebabkan banyak penyakit melekat di badan kita.


Alhamdulillah Allah datangkan ujian untuk keluarkan kita dari zon selesa. Masa kena uji memang sakit, tapi dengan kesakitan dan perjuangan tu buat kita lebih kuat dan matang.

Macam Yana pulak, terjoinnya Yana dalam shaklee ialah kerana Yana telah diuji dari segi ekonomi. 

Mencabar jugak, apatah lagi dalam keadaan sekarang yang memerlukan kita mempunyai sumber ekonomi yang kukuh.

Yang lebih mengujakan Yana untuk join shaklee adalah disebabkan ALLAH temukan Yana dengan group yang sangat maveles, yang menyeimbangkan tugasan duniawi dan akhirat nanti. Alhamdulillah syukur sangat.

Padahal ada jugak kawan Yana ajak join sebelum tapi memang belum terbukak hati agaknya untuk join.
Yana Senaraikan 8 Manfaat Jadi Ahli Shaklee
1. Mesra keluarga
Betul. Bila dah masuk group shaklee ni, seolah-olah kita dapat keluarga baru. Mesra sangat walaupun hanya berbincang di hujung jari. Maklumla semua dari negeri lain-lain.

Bagi yang berkeluarga pulak, lagi meriah la, suami isteri sama-sama membantu, malah anak-anak pun tidak melepaskan peluang turut serta masa gathering. 

Seronok je dorang, dah dapat kawan baru. Betul.. semua ahli jutawan bawa anak. Siap anjurkan pertandingan mewarna dan lain lain lagi. Bestnyee.. anak dapat social skill secara tak langsung.


2. Modal Yang Sangat Rendah
Modal serendah RM75 je seumur hidup. Nak masuk percuma pun boleh. Dalam otak kita mesti dah set, nak bisnes kena banyak duit. Sebenarnya tak.

Kawan kawan jangan terkejut kalau dengan 2 angka tu je dah boleh jana pendapata 5~6 angka. Memang dah ramai ahli shaklee buktikan pencapaian ni.

Mak Yana (kalau kawan kawan nak tahu join group jutawan shaklee ni terus dapat mak baru, mak muda lak tu) aka mentor Yana dah berjaya capai 4 angka, baru beberapa bulan buat shaklee.

Apatah lagi nenek Yana (mestilah mak kepada mak shaklee Yana kan, walaupun bergelar nenek, muda lagi uolls,belum berkedut kawan kawan tapi dah jadi nenek),lagi ohsem,selepas setahun join shaklee.

Pendapatan xyah cakapla, nanti kawan kawan jeles. Hehe, jangan marah ye, kawan kawan Yana sume baik baik, xelok nak jeles2 orang kan. 

Padahal sebelum join shaklee nenek Yana sorang engineer tau tapi sanggup benti sebab shaklee. Oh shaklee, kuatnya pengaruhmu.

Beliau selalu pesan, bisnes ni mudah. Kalau betul caranya. Dan betullah. Memang mudah. Allah permudahkan betul.

Satu lagi dalam group ni ditegaskan selalu untuk betulkan niat buat bisnes ni, memandangkan shaklee bisnes produk kesihatan, niat utama kami untuk bantu orang,bantu nilai hidup orang. 

Takde la kita asyik nak kejar untungkan, disebabkan niat ni la,disusuri dengan keikhlasan yang tulus bantu orang, ramai ahli shaklee terpaksa jadi kaya termasuk nenek shaklee Yana ni, dan bakal menyusul mak shaklee Yana pulak nanti dan juga kami semua adik beradik shaklee. In syaa ALLAH. 

Alhamdulillah kan ALLAH dah bagitau kalau kita tolong orang,ALLAH akan tolong kita. Islam itu mudah dan indah.

3. Risiko Hampir Kosong
Modal sangat murah, takde expired date lak tu. 
Takde risiko kena tipu macam skim cepat kaya. 

Lagipun Yana yakin sebab produk ni dah lebih dari 50tahun usianya.

Kalau produk ni menipu mesti tak boleh bertahan selama tu. Memang tetap ada perasaan risau tu, sebab Yana dah banyak kali pengalaman kena tipu sebenarnya.

Dah join habis semua janji manis. Lepas tu memang Yana tekad xkan join mana2 MLM lagi. Tapi sejujurnya Yana nak bagitahu, memang shaklee MLM tapi jauh bezanya dengan MLM yang pernah Yana join sebelum ni.

Salah satunya shaklee ada produk dan memang dah terbukti keberkesanannya sampai selalu kehabisan stok. Sebab tu menambahkan lagi keyakinan Yana. 

Yang paling best lagi, set bersalin shaklee telah menjadi cinta hati para ibu di Malaysia hari ini.Yana pun tak sabar nak guna set tu nanti.

Lagipun best sangat dapat banyak kawan baru yang nak baiki diri dan keluar dari bebanan ekonomi yang melampau sekarang ni. Yang tudung labuh dan berpurdah pun ramai yang berjaya.

4. Peluang Menjadi Work At Home Mum
Ini salah satu peluang yang ramai ibu bekerja impikan. Kerja di rumah dan melihat anak anak kita membesar. 

Sistem dalam shaklee ni terbukti memaksa ibu ibu di luar sana terpaksa berhenti kerja. Hehe.. kenapa? Sebab bonus Shaklee mereka saja selepas setahun bershaklee 4~5kali ganda dari gaji bulanan.

Memang tak mustahil nak dapat financial freedom. Takde hutang. Heaven. Macam sekarang ni graduan universiti semua sibuk buat hutang. Macam Yana. 

Jenuh ni nak bayar ptptn,bukan sikit,puluhan ribu.Nak tak xnak kena la bayar.Sape suruh xdapatkan kelas pertama, tapi patutnya kerajaan pertimbangkan bagi diskaun untuk kelas kedua tinggi kan,kurang sikit beban kami.

Habis belajar je hutang dah berpuluh ribu, nak kahwin dan dapat anak semua perlukan duit. Kos sara hidup makin meningkat.

Sekarang semua barang dah naik harga, tol pun naik jugak, Macam mana ni. Daripada merungut tak sudah2, buat pening kepala kita jugak, lebih baik kita fikirkan cara tambah pendapatan. Kata Dr Azizan, nak berniaga kena ada ilmu dan mentor.

Bisnes tu pun mesti rendah risiko dan modal. Daripada buat produk sendiri, baik cuba pasarkan produk berkualiti yang terbukti berkesan.

Kebetulan, memang Yana sekeluarga makan Shaklee, timing dah cantik. 

Yang jadi cabaran tu, macam mana nak pasarkan online. Alhamdulillah Yana ada mentor yang superb sebab suaminya ada ilmu kurniaan ilahi di bidang internet marketing ni.

Banyak ilmu yang Yana dan adik beradik shaklee lain belajar dari dorang. 

Alhamdulillah, kami ni ada yang bujang lagi, yang dah pencen pun ada. Ada yang tak celik IT sangat pun. Tapi dengan bantuan mentor alhamdulillah semua lebih mudah. Sekarang ni kami dah mula pandai ber blog nih. Hihi~~ Terima kasih ibu dan bapa shakleeku.

Insyaallah pendapatan 4 angka dah tak jauh ni dari kami.

5. Tak Perlu Keluar Rumah
Syoknya kan, nak2 kalau kita memang malas nak kuar pergi kerja.Bisnes apa tak perlu keluar rumah. 

Bisnes online je kawan kawan. Semua di hujung jari je.

Shaklee online sistem boleh buat persekitaran bisnes yang sesuai untuk WAHM (work at home mum). Order pelanggan boleh uruskan online je.

Siap pos lagi. Mashaallah.

Semua dari rumah. Seronok betul jadi ahli Shaklee ni. Impian jadi nyata.


6. Ramai Mentor Hebat
Hadis Rasulullah SAW.. seorang mukmin adalah cerminan mukmin yang lain. Maksudnya, kawan anda mencerminkan perangai anda.

Salah satunya mak shaklee Yana la, Kak Mazni dan hubbynya, memang dorang tolong habis habisan la, mana ada bisnes lain macam ni, masa mula2 ajak join, masyaALLAH baiknya. 


Bila kita dah join, ditinggalkan kita sorang2 tanpa arah tujuan, Yana dah ada pengalaman ni.Nak menyesal dah tak guna kawan kawan. 

Yana ada tengok temubual seorang usahawan online berjaya di TV dan salah satu tip beliau, pastikan kita berbisnes ada mentor. 

Baru kita di jalan yang betul, xdela syok sendiri, last2 bisnes ntah kemana, kita yang ternganga. 

Dan dalam group ni kami jumpa ramai cikgu yang punya banyak pengalaman dan memang tak kedekut nak curahkan ilmu kepada kami dan terbukti berkesan. Terbuka minda seluas luasnya. 

Sebenarnya nak hidup bahagia ni mudah je, jaga hubungan dengan Allah je. Itu nasihat mereka. 

Kalau Allah sayang kita, semua perkara jadi mudah. Datang pertolongan dari arah tak disangka sangka.

Jangan cepat putus asa.

Sangka baik pada Allah, kemudian berdoa dengan spesifik. Banyakkan bersedekah masa susah. 

Itu pesan mentor kami. Subhanallah.. memang betul, dah tak tahu dari mana nak buat. Tiba tiba datang bantuan. Hmm.. ajaib2.

Sebenarnya, peranan cikgu dan mentor ni untuk bantu kita didik hati. Belajar bergantung sepenuhnya pada Allah SWT. 100%. Selepas itu usaha terbaik.

Kadang kadang tu kita rasa dah terer sangat. Yakin sangat dengan diri sendiri. Sedangkan Allah SWT yang kawal rezeki.

Best tak best jadi ahli shaklee group jutawan ni kawan kawan. Bagi Yana, selepas mendaftar banyak sangat kesan positif.

Syukur alhamdulillah.

7. Tiada Lagi Traffic Jam
Tak perlu ambil stok di pejabat. Pergi pejabat pos dan sebagainya. Kecuali dapat special request untuk COD.

Dorang ni bukan xpandai transfer duit tapi sebab tak yakin dengan online transfer ni. Kena tipu, duit habis lesap cam tu je.

Kesian dorang, sebab tu suka Yana nak ingatkan kat semua dan juga diri sendiri, kalau kita betul nak berjaya dalam bisnes, buatla dengan sejujur yang mungkin. 

Yana percaya, sekali kita dah tipu orang macam tu, memang tak kekal lama la bisnes dia. Percayala kawan kawan, ingat setiap perbuatan kita dilihat ALLAH dan pasti ada balasanNya.

8. Produk Yang Terbukti Berkesan Dan Selamat
Alhamdulillah, Yana sekeluarga pun dah guna produk shaklee memang puas hati. Produk pun ada sijil halal.

Paling baru, tahun 2013 sijil halal diperbaharui. So memang tak de was was. Bahan semua semula jadi je.

Takde bahan kimia.

Alhamdulillah, cukup sudah 8 sebab Yana join jadi ahli shaklee. Memang langkah kanan masuk group jutawan ni. Takde kena pressure dengan orang lain.

Apa apa yang kita nak buat, apa apa yang kita nak, kita usaha, dan kita akan dapat. 

Kawan kawan ada soalan ke,tanya je ye.

Mekasih sume.

Ada masa jemput datang lagi.



No comments:

Post a Comment