Set Kesuburan Shaklee | Pengalaman Sebenar Menggunakan Produk Ini

Monday, December 23, 2013

Berkesan Ke Set Kesuburan Shaklee | Hasil Terbaik Ramai Puas Hati. Cadangan Pengedar Shaklee Memang Terbaik.



Assamualaikum Wrmbth, 


Apa khabar kawan kawan hari ini, semoga sentiasa ceria bahagia selalu.

Kawan kawan kalau nak beli produk kesihatan mesti kena betul2 yakin akan keberkesanannya kan selain halal dan selamat.




Macam mana tu???

Biasanya berdasarkan pengalaman2 orang yang telah mencubanya sendiri. 

Nak lebih puas hati kita cuba sendiri, baru kita boleh tahu produk tu ok ke x. Kalau ok tu, baru boleh kita cadangkan untuk orang lain bagi membantu mereka menyelesaikan masalah mereka pulak.

Mane tahu mereka pun dah lama mencari cari produk terbaik untuk menyelesaikan masalah mereka kan. 

Sebab tu kawan baik Yana, Kak Mazni dan suaminya beli set kesuburan shaklee dulu dan makan untuk kesihatan suami isteri. 

AMARAN: VIDEO INI BUKAN UNTUK MEREKA YANG TIDAK MAHUKAN ANAK. JANGAN KLIK



Mesti kawan kawan nak tahu apa hasilnya kan, ok jom sambung baca.

Hasil daripada percubaan menggunakan set kesuburan shaklee, alhamdulillah dengan izin ALLAH, Kak Mazni sekarang telah disahkan hamil 3 bulan.

Kalau kawan kawan nak tahu Kak Mazni dan hubbynya dah ada seorang anak tetapi hajat mereka untuk mendapatkan anak kedua telah diuji sedikit oleh ALLAH. Mereka telah mengalami masalah kesuburan sehingga setahun mereka mencuba masih juga tidak berhasil. 

Sedangkan untuk dapat anak pertamanya dulu, alhamdulillah dipermudahkan ALLAH dengan hanya setelah sebulan bernikah, Kak Mazni dah boleh hamil.

Bila kita baca dan buat kajian, sebenarnya ramai pasangan susah dapat anak kedua.


Komen Hasil Penggunaan Set Kesuburan Shaklee

Untuk pengetahuan kawan kawan, sebelum tu Kak Mazni sekeluarga telah mengamalkan produk shaklee cuma set yang digunakan untuk kesihatan keluarga optimum. Ada beza sikit. Kalau untuk isteri, nak tambah subur kena makan

  1. GLA complex - untuk stabilkan hormon dalam badan isteri
  2. Vitalea with iron - Bekalkan 12 vitamin dan 7 mineral diperlukan badan
  3. Vitamin B complex - Badan lebih cergas kerana bantu bebaskan tenaga. Kurangkan stress. Kawan kawan nak tahu? Stress ni merendahkan kesuburan tau.
  4. Vitamin C - Tingkatkan daya tahan badan melawan penyakit

Kalau nak jimat, makan GLA complex pun boleh. 
Cuma Kak Mazni xamik GLA complex, sebab beliau dah makan item 2,3 dan 4 tu. 

Tapi GLA la yang bagus untuk kitaran hormon dalam badan, Alhamdulillah tak sangka, semua kuasa Allah swt. Kak Mazni makan tak sampai sebulan, sebotol pun tak habis dah disahkan mengandung.


Janji ALLAH itu benar, kita berusaha Allah yang menentukan samada diperkenankan atau tidak. Janji Allah di dalam Al Quran terjemahan surat Ar-Ra'd ayat 11


. ....إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ .... 

Ertinya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu berusaha sendiri. ” 

Maksudnya bukan mengubah kejadian ALLAH pada diri kita, itu akan dilaknat ALLAH, tetapi kita kena mula berusaha dengan bersungguh sungguh tanpa cepat berputus asa.

Selebihnya kita berserah pada Allah Taala. Tawakal. Dan teruskan berdoa.

Nabi Zakaria as pun masih berdoa walaupun usia diri dan isterinya sudah lanjut untuk dapatkan zuriat setelah melihat Siti Mariam jagaannya yang solehah, taat akan perintah ALLAH.


رَبِّ إِنِّي وَهَنَ العَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْباً وَلَمْ أَكُنْ بِدُعائِكَ رَبِّ شَقِيّاً * وَإِنِّي خِفْتُ المَوالِيَ مِنْ وَرائِي وَكانَتِ امْرَأَتِي عاقِراً فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيّاً * يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيّاً


“Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. 

Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku sepeninggalanku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul.

Maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya’qub; dan jadikanlah ia, ya Tuhanku, seorang yang diredhai”.
QS. Maryam [19]: 4 – 6.


رَبِّ هَبْ لى‏ مِنْ لَدُنْكَ ذُرِيَّةً طَيِّبَةً اِنَّكَ سَميعُ الدُّعاء
“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.Ali ‘Imran [3]: 38.



ALLAH Maha Penyayang, akhirnya Allah SWT perkenankan doa baginda dan dikurniakan mereka seorang putera, Nabi Yahya. 

Doa di atas ni sangat bagus untuk mohon zuriat dari Allah SWT. Doa dari Al-Quran. Amalkan ya. Semoga Allah mendengar doa anda yang tulus ikhlas. Amin



Untuk lelaki dan suami pula, mereka digalakkan makan

  1. Zink complex - Tingkatkan kualiti sperma dan kuantitinya. Bagus untuk kesuburan lelaki
  2. Vitamin E - Pun sangat bagus untuk kesuburan lelaki. 

Sebenarnya dalam set isteri tu dah ada vitamin E, dalam GLA complex ada 15 IU. Tak banyak macam vitamin E set lelaki ni. Cukup untuk keperluan lelaki dan wanita.


Alhamdulillah set kesuburan shaklee memberikan kesan positif dan Kak Mazni dah berjaya hamil 3 bulan dan sekarang ni beliau sedang gunakan set mengandung pula. 

Menurut Kak Mazni, sejak makan set mengandung shaklee ni, memang hampir takde morning sickness yang teruk tu.

Yana percaya lepas bersalin nanti, mesti Kak Mazni akan gunakan set berpantang shaklee pulak, produk halal, semulajadi dan banyak khasiat pulak tu, buat pe nak tunggu2 lagi kan.


Harga Set Kesuburan Shaklee

Untuk Set Kesuburan Isteri / Wanita seperti berikut
  1. Gla Complex RM 91.25
  2. Vitamin B Complex RM 53.75
  3. Vitamin C RM 92.50
  4. Vitalea With Iron RM 88.75

Bagi Set Kesuburan Suami / Lelaki
  1. Vitamin E Complex RM 149.00
  2. Zinc Complex RM 33.75

Itu baru harga runcit tau. Tapi kalau kawan kawan betul2 nak cuba, hubungi je Yana.

Ok ye, Yana nak stop sini dulu.
Terima kasih banyak2 sudi datang blog Yana ni.
Jemput datang lagi tau, banyak lagi Yana nak kongsikan dengan kawan kawan.Apa2 persoalan hubungi je Yana ye.

Ingat kawan kawan, teruskan mencuba, jangan cepat putus asa kerana semakin kuat anda berusaha semakin hampir anda dengan hasilnya. In syaa ALLAH.

In sya ALLAH, kita jumpa lagi.
Wasalam.


HP: 0123573246
ID Shaklee: 1083548
Gmail: noriana47@gmail.com


1 comment:

  1. Casino Near Hollywood, NC - MapyRO
    Find 영천 출장마사지 Casinos Near Hollywood, 평택 출장안마 NC near Hollywood, NC near Interstate 당진 출장마사지 377. 양산 출장안마 Map: Local Map. Local Map. Map:. 수원 출장마사지 Find your nearest casinos close to you.

    ReplyDelete