Set Kesuburan Shaklee | Tips Berkesan Untuk Suami Isteri Menimang Anak

Thursday, December 19, 2013

Tips Set Kesuburan Shaklee, Cadangan Pengedar Shaklee | Tabiat Yang Harus Dielakkan untuk Kesuburan Suami Isteri

Assalamualaikum semua


Tahniah anda sampai di sini untuk tambah ilmu tentang tips nak mudah hamil kan.

Alhamdulillah sungguh tabah kalian menghadapi ujian ALLAH ni. 

Semoga kecekalan kawan kawan ini akan ada cahayanya nanti, in syaa ALLAH, kita doa sama sama ye.

Sebelum tu, kawan kawan pernah guna set kesuburan shaklee?

Walau apapun jawapannya, jom kita tengok video ni sekejap. 

AMARAN: VIDEO INI BUKAN UNTUK MEREKA YANG TIDAK MAHUKAN ANAK. JANGAN KLIK


Perlu diingat, walau apapun yang kita makan dan usahakan, kalau kita amalkan cara hidup tak sihat, memang susah nak mengandung.

Contohnya, anda makan produk shaklee khas untuk tingkatkan kesuburan, pada masa sama minum arak dan hisap rokok. 

Apa yang anda cuba buat hanya untuk menyakitkan badan anda sahaja.Macam mana badan nak sihat, kalau kita masukkan racun pulak kan.

Tapi in syaa ALLAH kawan kawan Yana ini bukan macam tu ye.

Sori kalau ada sesiapa terasa dengan Yana.

Jagalah kesihatan kita elok2 sebab kesihatan adalah nikmat yang sangat besar. 

Amalan Kurang Baik Yang Menjejaskan Kesuburan Dan Kesannya Pada Kita.

1. Kekerapan makan dan minum manis serta berlemak pulak tu. Orang Malaysia ni memang tak boleh dipisahkan dengan minuman manis kan.


Kawan kawan nak tahu, makanan berlemak memang memberi kesan pada hormon badan kita. Sebabnya bila berat kita naik, dah mengganggu kesuburan dan menyebabkan kita kurang stamina.




Hormon kesuburan terganggu dan lapisan lemak pada organ pembiakan menyebabkannya beroperasi secara tak cekap.

Bayangkan anda bangun pagi makan nasi lemak campur sambal sotong. Fuhh sedap kan, Memang yummy habis.

Bila perut dah kenyang, nasi lemak pulak tu, dah masuk ofis yang beraircond lak tu, dalam kul 10 or 11 macam tu mesti ngantuk sangat. 

Macam tu la keadaannya dengan badan kita. Badan jadi lemah dan lembik je, bila makan makanan berlemak.


Tak salah kita nak makan makanan berlemak tapi kena kuantiti yang betul, macam kita keje duk ofis je, better amik sarapan yang ringan2 je ye sebab kita xperlukan banyak tenaga.

Kan dah boleh jaga kesihatan kat situ. Tak susah kawan kawan nak jaga kesihatan ni. Semua bergantung dengan diri sendiri.

2. Tak suka makan sayur dan kurang makan buah buahan. Sayur tak sedap. Buah pula mahal. 

Ok Yana pun macam ni, xsuka sayur tapi bukan semua, Yana cuma tak boleh accept sayuran hijau je sebab dulu duk letak dalam kepala, sayur hijau ni pahit. 


Sedangkan dari sinilah kita dapat vitamin dan mineral. Vitamin B, C dan E sangat perlu untuk pembiakan. Terutamanya vitamin B6. 

Tapi Yana tahu, Yana dah rugi sebab dah xdapat zat2 dari sayur hijau tu sebab tu yana gantikan dengan supplement untuk kesihatan.

 Suami isteri kena makan dengan cukup. Supaya organ peranakan dapat berfungsi dengan baik dan  sperma yang dihasilkan berkualiti.

Zink, selenium dan kuprum merupakan mineral yang diperolehi dari sayur dan buah buahan. Mineral ni sangat penting terutama untuk lelaki.

Zink ni kalau kurang dalam badan boleh sebabkan masalah lain seperti keguguran rambut. Boleh jadi licin kepala. 

Dah kena buat rawatan rambut pulak.Emm bayang la berapa kosnya pulak kat situ. 

Kalau orang lelaki mungkin boleh diterima sikit kalau dah botak, tapi kalau kita ni dah botak, macam mana tu,macam tak comel je, melainkan yang ada penyakit yang menyebabkan keguguran rambut yang serius.

Memang yang tu xboleh nak elak, kesian sangat kalau dah macam tu, semua tu ujian ALLAH, semoga mereka tabah menghadapi ujian itu dan Yana doakan mereka cepat2 sembuh, in syaa ALLAH. 

So kita ni yang alhamdulillah masih diberi nikmat kesihatan yang baik ni, jagalah elok2 sebelum ALLAH tarik balik.

Jadi banyak banyakkanlah makan buah buahan dan sayur sayuran segar ye dan pastikan sayur tu bebas racun serangga ya. Bawa mudarat.

3. Suka Makan Makanan Yang Banyak Pengawet

Memang banyak dalam asam dan jeruk. Makanan dalam tin seperti ikan sardin pun banyak pengawet.

Sebenarnya ikan tuna dan sardin banyak juga khasiatnye tapi bila dah diproses dan disimpan lama dalam tin, apa dah jadi dengan zat2nya. Fikirkan ye. 

Satu lagi minuman berkarbonat walaupun dari jenis diet tak elok untuk anda. Bahkan dari segi kandungan gula dalam tu bape banyak la dorang taruk.Huh memang manis habis. Memang berpotensi betul untuk kenakan kita dengan penyakit kencing manis dan diabetis.

Kalau kawan kawan nak tahu, air gas ni rosakkan gigi dan tulang. Fosforus dari air berkarbonat akan tarik kalsium dalam gigi dan tulang anda. Bukan sebab gula saja gigi anda rosak. 

Diebetis ni akan jadi penyakit keturunan. Habis semua keturunan kita mudah terkena kencing manis. 


4. Suka Makan Makanan Laut / Seafood

Hah yang ni pun xboleh???. Jangan salah faham kawan kawan, bukan xboleh cuma jangan berlebihan. Dan juga ni makanan laut, kita xtahu keadaannye sehingga ianya dimasak. 

Macam kes ayam masak merah di kenduri kahwin kat kedah hari tu. Kita xtahu makanan kita tu dah tercemar dengan bahan lain ke tidak sebab tak semua makanan yang tercemar akan memberikan kesan kepada bau dan rupa makanan tersebut. 



Makanan laut juga tidak terkecuali, kawasan laut kita ni banyak sangat kapal dan perindustrian menyebabkan hidupan laut jadi tercemar. Terutama sekali kerang kerangan dan ikan. Mana datang merkuri ni?

Salah satu sumbernya daripada carigali minyak, jauh di dasar bumi ada merkuri yang terbebas masa proses carigali dan sebagainya. Cubalah tanya orang keje minyak. 

Susah juga sekarang nak cari makanan laut yang dijamin bersih dari pencemaran. Kalau ada pun, banyakkan makan ikan macam tuna yang banyak omega 3. 

5. Elakkan Makan Makanan Yang Disajikan Mentah

Setiap haiwan ada bakteria masing masing. Kalau kawan kawan nak tahu manusia pun ada bakteria. Percaya ke tak percaya cuba tanya cikgu pengendali makanan, nak senang terus tanya doktor.



Sebab itu sesuatu makanan yang berasaskan daging ke,dan juga hidupan laut jika tidak dimasak dengan sempurna, bakteria tersebut tidak mati sepenuhnya.

Bila dah masak terbiar lama, datang pulak bakteria lain, dah bertambah2 bakteria masuk dalam badan kita.

Contohnya steak, sushi dan sashimi (makanan jepun banyak yang mentah mentah ni). Kalau nak makan steak ambil yang well done, jangan ambil yang raw tu.

Orang kita memang suka makan sate, cuma sate ni tengok skill pembakarannya, kalau dapat yang tak pandai bakar, daging bahagian tengah berdekatan lidi tu masih ada tak masak, lidi tu penebat jadi tak dapat alirkan haba dengan baik. 

Siapa suka kambing golek? Atau bbq. Ini pun satu fenomena di Malaysia. Hampir semua orang nak hidangkan kambing bakar pada majlis masing masing.

Perhati betul betul samada daging tu dah masak ke belum. Memang ada kes masih nampak darah merah lagi masa hidang. Itu tanda belum cukup masak. 

Lepas ni kena amik cakna atau alert sikit ye tentang perkara ni. Ramai orang kita xkisah hal2 macam ni, yang dorang tahu makanan situ sedap. Itu baru bakteria daripada bahan mentah sendiri, kalau nak cakap dari segi persekitaran dan aspek penyediaan makanan tu pulak, entah lulus ke tidak, panjang lebar pulak nanti. 

Kalau dah banyak bakteria dan toksin masuk dalam badan kita macam mana nak hamil. Habis orang lain senang je, ramai je yang xjaga makan tapi mengandung jugak. 

Ingat kawan kawan badan kita dengan badan dia tak sama, kita xtahu jika dorang amik supplement ke, buat rawatan apa2 ke, lagipun kita tak tahu tahap kecekapan operasi sistem2 dalam badan kita, mana yang kurang, mana yang lebih, kita xnampak semua tu. Nak mengandung ni badan kena sihat.


6. Berhenti Merokok

Isteri2 cakap la elok2 kat suami masing-masing, ni bukan untuk pulikan kesuburan saja tapi kesihatan suami kita sangat2 penting. 

Merokok sangat tak elok untuk kesihatan. Dalam tu ada banyak sangat bahan kimia. Racun tikus dan bahan api roket pun ada. Huh. Bau mulut pun jadi macam longkang.

Betul, ini yang perokok bersara sendiri cakap. Merokok akan merosakkan paru paru dan mengurangkan oksigen dalam darah.

Bagi perempuan pulak, jika merokok menyebabkan organ peranakan akan kurang oksigen dan kurang subur. 

Sperma dan ovum dihasilkan pun tak berkualiti. Peluang anda hamil makin tipis. Rokok juga boleh sebabkan mati pucuk.

7. Minum Minuman Keras

Alhamdulillah, kita dilahirkan Islam. Allah SWT dah haramkan arak pada tubuh badan kita. Apa kesan arak dan minuman keras ni? Selain ketagihan, arak juga akan jejaskan kesuburan.

Jika ibu hamil minum arak, alkohol akan mampu menembusi dinding tali pusat dan menyebabkan kecacatan bayi dalam kandungan.

Alkohol akan mengganggu tugas enzim dalam menghasilkan hormon. Nikotin dari rokok akan mempercepatkan kerosakan hormon dalam badan.

8. Mengambil Makanan Dan Minuman Berkafein

Kopi, teh, coklat dan minuman kecergasan memang sangat kaya dengan kafein. Minuman kecergasan tu apa? Ala yang bagi badan cergas dan tak ngantuk tu. Sangat manis rasanya.

Walaupun belum ada kajian yang membuktikan kesan kafein pada kesukaran hamil, tapi kafein memang akan mengganggu penyerapan vitamin dalam badan.

Kalau kawan kawan makan set kesuburan shaklee, dan minum bersama kopi, teh dan coklat, alangkah membazirnya kerana ia akan mengurangkan kecekapan penyerapan vitamin.

Bukan tak boleh minum. Kurangkan lah dan jangan makan bersama dengan supplemen. 

Sebuah kajian dijalankan oleh ESHRE (Human Reproduction & Embryology) di barcelona Argentina menunjukkan wanita yang mengambil kopi lebih dari 4 gelas perharinya akan berisiko 26 % sukar hamil secara normal berbanding mereka yang tidak meminumnya.

Lagipun kopi ni ada kesan tak baik. Peminumnya akan ada ketagihan. Tak minum kopi tak sah. Nak kerja dan berfikir pun payah.

9. Jarang Sangat Bersenam Atau Berlebihan Bersenam

Bersenam akan melancarkan pengaliran darah, bakar kalori lebihan dan kurangkan  lemak.

Berpeluh itu sendiri akan buang racun toksin dari badan. Apa kesan toksin kalau banyak sangat dalam badan? Salah satunya ialah menghalang penyerapan zat berkhasiat dari makanan.

Kesan jangka panjang, anda mungkin sakit sepeti gout kerana asid urik yang terkumpul dalam badan. 

Bersenam juga akan melegakan ketegangan kerana badan akan bebaskan hormon endorfin. Endorfin buatkan kita rasa tenang dan gembira.

Cuma, terlalu kuat bersenam pun tak elok juga kerana akan mengganggu keseimbangan kitaran haid anda.

Berpada padalah ya. Bersederhana adalah yang terbaik.Hormon yang tidak seimbang akan menyebabkan ovulasi (pengeluaran telur) wanita tidak berjaya.

10. Tertekan

Tekanan akan menyebabkan badan wanita / isteri mengalami masalah mengeluarkan ovum.

Syahwat / libido untuk hubungan intim juga akan berkurangan dan mengganggu kitaran haid. 

Akibatnya anda menjadi kurang subur kerana proses pengeluaran telur terganggu.

Sebab tu kita digalakkan bersenam. Hormon endorfin akan buatkan kita lebih relaks dan tenang. Nampakkan kaitannya?

11. Suhu Buah Zakar Yang Tinggi

Buah zakar atau testis memerlukan suhu yang lebih rendah dari badan untuk beroperasi dengan baik.

Fungsinya sebagai kilang menghasilkan sperma. Pemakaian seluar dalam yang terlalu ketat akan menaikkan suhu testis dan menyebabkan pengeluaran sperma terganggu.

Orang lelaki terutama suami tidak digalakkan berendam dalam air panas terlalu lama. Apa lagi mandi sauna atas sebab yang sama.

Jika kawan kawan obesiti, lemak akan terkumpul disekitar testis dan menyebabkannya bertindak sebagai jaket.

Kalau pakai jaket kita rasa panaskan? Haa.. samalah dengan lemak pada testis akan naikkan suhu dan menyebabkan pengeluaran sperma berkualiti terganggu.

Diharap perkongsian ini akan membantu kawan kawan menggunakan set kesuburan shaklee dengan lebih baik. 

Sangat penting merancang kehamilan.


Yana dah cuba kongsikan serba sedikit tip untuk kesuburan dan sekarang bergantung kepada kawan kawan untuk lakukan yang terbaik.

Apa pun Yana doakan kalian dipermudahkan ALLAH dan in syaa ALLAH berjaya hamil untuk melengkapkan institusi keluarga anda. Happy go lucky family.


Terima kasih semua dan sekali lagi yana mohon maaf jika ada terkasar bahasa. Sesungguhnya yang baik dari ALLAH, dan yang kurang tu dari Yana sendiri. Peace no war ye.

Jemput singgah lagi.

Wasalam.


HP: 0123573246
ID Shaklee: 1083548
Gmail: noriana47@gmail.com


No comments:

Post a Comment