Pentingnya Semangat | Oh Bisnesku

Friday, January 10, 2014

Assalamualaikum wbt.....

Ya ALLAH lamanya Yana xupdate blog, maaf ye kawan-kawan, sebenarnya Yana duk sibuk uruskan bisnes offline. Awal2 ni byk nak kena settlekan macam2. Alhamdulillah dh dekat nk sbulan bt bisnes ni.

Dan syukur sangat sebab Yana berjaya melawan si alasan ni sebabnya dh lama Yana nak update blog ni tapi sebab penat sangat, selalu tidur awal, alasan kan, padahal bukan lama sangat nak update blog. Hehehehe.

Dalam tempoh hmpir sbulan ni mmg byk sangat cabaran dan dugaan yang Yana terpaksa lalui. Memang bukan senang nak senang kan kawan kawan tapi perlu ingt jugak bukan susah nak susah,

so Yana percaya walau apa pun dugaan datang kepada kita mesti kita akan pegang kata2 hikmah bukan senang nak senang supaya kita terus bersemangat untuk berusaha lebih gigih.

Di sini pentingnya kita untuk terus be positif, kena selalu lawan segala macam alasan dan jugak apa2 perkara negatif dlm minda kita.

Tapi alhamdulillah ALLAH memang xkan menzalimi hambanya, yang penting kita kena terus sentiasa bersemangat dan berusaha tanpa cepat putus asa.


Walaupun awl2 ni byk dugaan, biasala kan, setiap ujian ALLAH tu ada hikmahnya.

Lagipun dengan berbisnes, sekurang2nya dapat kurangkan sikit stress berbanding kita duk ofis. Memang kadang2 Yana rindu jugak kawan2 ofis, rindu suasana ofis sebb suasana ofis Yana dulu sangat best, happening, kitaorg mcm family,nak2 kitaorg dh kenal hmpir 3 thun.

Tapi disebabkan Yana nekad nak blik kg cri rzeki di negeri sendiri pulak, so Yana buatla bisnes, memang seronok bisnes ni kawan kawan kalau kena caranya. Lagipun keberkatan tu in syaa ALLAH xperlu risau dah, sebb memang kita usaha sendiri semuanya.

Yang penting dalam bisnes ni jugak, kita kena jujur dalam berniaga. Baru berkat rezeki kita dapat dan juga kena banyak memberi, maksud memberi tu bukan saja dalam bentuk bersedekah wang ringgit atau makanan semata-mata, malah lebih dari itu contohnya luangkan lebih masa mencari ilmu ke, itu memberi jugak ye kawan kawan. Bak kata mentor ''The More U Give, The More U Get Back''.

Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik daripada tangan menerima kan.

Ok cukup sampai sini dulu ye, nanti Yana update lagi, in syaa ALLAH.

Terima kasih semua.

Jumpa lg nti.
Wasalam.





No comments:

Post a Comment