Set Bersalin Shaklee RM 100 | Murah Tapi Selamat Ke?

Thursday, May 8, 2014

Set Bersalin Shaklee RM 100 | Berpantang Dengan Murah? Tapi Selamat Ke?, Cadangan Pengedar Shaklee

Assalamu'alaikum Wrmbth, 


Mungkin anda pernah terdengar atau terlihat set bersalin shaklee RM100 kan, itu adalah set percubaan. Memang ada yang menjual trial set bersalin shaklee pada harga RM100. Yana nasihatkan jangan beli.


Sebabnya ada risiko yang anda mungkin tidak tahu sama ada kepada pengedar atau pun pembeli. Memang murah dan boleh menjimatkan wang.

Alhamdulillah ada kawan yang berkongsi perkara ni kepada Yana dan untuk kebaikan semua, Yana ingin kongsikan dalam blog ni.

Artikel Ini Akan Membantu Anda
1. Kenapa Trial Pack Set Bersalin Shaklee Pada Harga RM100 Tak Elok Untuk Anda (Pengedar Dan Pembeli)
2. Mengapa Lebih Berbaloi Ambil Set Penuh? Dan Cara Dapat Harga Murah Yang Halal

Jom kita tengok apa sebabnya. 


Tidak Digalakkan Membeli Set Bersalin Shaklee Pada RM100 (Trial Pack)

Yana nak tanya anda semua, adakah kalian akan teruja untuk mencuba produk baru atau kita akan rasa was2. Jujur, Yana sendiri akan rasa tak yakin untuk cuba mana2 produk baru. Apalagi kalau harganya boleh tahan murah. 

Contoh set asas bersalin shaklee ni, harganya lebih kurang RM300, tetapi kenapa Yana cakap murah sebab dalamnya ada banyak tablet yang boleh bertahan 3~4 bulan. So berbaloi tak?.


Tetapi ada pengguna biasanya nak guna ketika berpantang je, jadinya ada kawan kawan yang akan packing semula dalam bekas lain dalam kuantiti yang sedikit. Dan diiklan sebagai Trial Pack atau trial set

Memang niatnya baik ye sebab boleh bantu kawan kawan yang mungkin kurang mampu untuk beli set lengkap atau untuk kawan kawan yang nak guna masa berpantang je, tapi vitamin yang dipaketkan semula pada bekas lain berkemungkinan rosak ataupun terjejas khasiatnya kerana

  1. Terdedah pada udara terlalu lama
  2. Tidak disimpan pada suhu yang sesuai hingga berubah kandungannya. Contohnya vitamin b complex dan vitamin c akan berubah warna.
  3. Rosak semasa penghantaran kerana cara pengendalian dan bungkusan yang tidak kemas. 

Itu risiko yang terpaksa ditanggung oleh pengguna. Namun agen shaklee yang mengiklankan secara terbuka juga tidak akan terlepas dari tindakan.

  1. Kalau tertangkap dan dilaporkan oleh orang lain, keahlian boleh digantung
  2. Atau dibatalkan terus. 

Syukur sangat sebab Yana mengetahui perkara ni awal2 lagi. Kalau tak mungkin Yana pun akan buat macam tu. Sebab dah ramai sangat yang buat kat luar tu. Ni perkara serius, syukur ada yang prihatin sebarkan perkara ni.

Sebenarnya kawan kawan boleh cuba set asas bersalin shaklee je dulu. Selepas beli tu, kalau puas hati boleh order lagi kalau nak teruskan penggunaannya atau nak cuba set penuh pula.

Mengapa Lebih Berbaloi Ambil Set Penuh? Ada Cara Lain Dapat Harga Istimewa Ke?

Set Asas untuk Berpantang Shaklee terdiri daripada
  1. Vitalea dengan zat besi  sehari makan sebiji. 
  2. Vitamin C. Sehari sebiji. 
  3. Vitamin B complex. Sehari makan 1 biji, kalau penat sangat dan emosi agak stress, boleh makan 2biji. 
  4. Zinc Complex. Sehari makan sebiji semasa perut kosong.
Harga runcit set asas ni ialah RM 270. Boleh PM Yana untuk lebih lanjut.

Nak tahu lebih lanjut Set Bersalin Shaklee yang lengkap baca DISINI


Kalau mommies ada soalan boleh hubungi Yana di


Call / SMS / WhatsApp: 012-3573246 
ID Shaklee: 1083548
Email: noriana47@gmail.com

No comments:

Post a Comment