Beli Produk Shaklee Berisiko? Pengalaman Pelanggan

Saturday, December 21, 2013

Kenapa Berisiko Beli Produk Shaklee Di Kedai? Kisah Benar Pengalaman Pelanggan


Assalamualaikum Wrmbth, 


Terkejut tak baca tajuk utama artikel ni, huh tapi itulah kenyataannya.

Nak tak xnak, Yana jugak rasa bertanggungjawab untuk menyampaikan kepada semua terutama pengguna produk shaklee.

Sebenarnya hal ni telah diberitahu oleh kawan baik Yana sendiri, Kak Mazni yang jugak pengedar sah shaklee.

Jom kita baca komen ni;


masalah keburukan produk shaklee

 Kenapa lah Berisiko Beli Produk Shaklee Di Kedai?

Apa yang Kak Mazni bagitahu Yana sebenarnya banyak kes di mana pelanggan yang membeli produk shaklee di kedai merasa mereka telah ditipu.

Ditipu??? Ya kawan kawan ditipu.

Kedai mana? Wallahu'alam. Apa yang terjadi ialah kedai jual terus pada pelanggan. Kebetulan kedai kedai ni dekat je dengan rumah mereka.

Kalau dah ada yang dekat, mesti kita pilih yang dekat, senang nak berurusan akan datang, itulah jugak sangkaan pelanggan2 ni. Memang mudah. Sekejap je dapat.

Tetapi rupa rupanya ada derita dalam tawa.

Rupa-rupanya

1) Kedai jual produk shaklee yang hampir luput tarikhnya.

Dah la baru beli, meal shakes pulak tu, sampai rumah cek tarikh luput, lagi sebulan nak tamat tempoh.

Memang rugila, meal shakes tak boleh minum banyak banyak. Kena ikut dos. Satu bekas meal shake boleh tahan 3~4 bulan.

Nak tukar semula tak boleh. Sebab barang memang belum tamat tempoh pun, cuma tarikh tamatnya dah hampir.

Perkara ni disebabkan kedai tersebut beli dalam kuantiti besar. Bila dah beli banyak2, susah la nak habiskan stok tu, maklumla produk2 shaklee tahan berbulan2, xkan customer nak terus beli banyak kalau 1 jar pun dah tahan 3~4 bulan.


2) Khidmat Selepas Pembelian Tak Mesra Pelanggan

Masalah ni memang banyak berlaku, malah peniaga online jugak masih ramai yang tak memberikan khidmat nasihat yang terbaik untuk pelanggan mereka.

Tetapi ini kes terpencil, cuma menurut Kak Mazni ramai jugak pelanggan sms, call dan pm beliau tanya tentang cara makan produk yang betul. Banyak kes disebabkan pengedar mereka rupanya tidak bagitahu pun cara makan macam mana. Hish2 kesian kan, macam mana la nak berkesan.

Sebab tu la setiap pengedar kena baca dan faham betul2 fungsi setiap produk shaklee. Baru senang nak beritahu pelanggan.



3) Nasihat Yang Meragukan

Ada pelanggan call Kak Mazni sebab nak confirm balik cara makan alfalfa. Menurut pelanggan ni, pengedar tersebut nasihatkan makan 15 biji sehari. 

MasyaALLAH banyaknya, dah terlebih dos. Kat botol alfalfa pun maksimum 10 biji je sehari. 

Pelanggan ni beli set kurus. Kalau salah makan, apa jadi pada pelanggan ni. 

Terima kasih banyak2 kepada Kak Mazni kerana berkongsi kebenaran ini.

Dan kawan kawan tolong ye, berhati hati la kalau kita nak beli apa apa pun. Semoga kita semua mendapat iktibar dari kisah benar yang diceritakan tadi.

Bak kata mentor pemasaran no 1 asia, siapa yang pandai cari masalah dan selesaikan akan berjaya.

Tugas kita tolong bantu pelanggan selesaikan masalah mereka. Jom buat yang terbaik supaya mereka datang lagi. Bukan hanya sekali saja. In syaa ALLAH.



No comments:

Post a Comment