Set Kesuburan Shaklee | Khasiat Lengkap Suami Isteri Ingin Hamil

Saturday, December 21, 2013

Set Kesuburan Shaklee | Kelebihan Khasiat Lengkap Untuk Suami Dan Isteri Ingin Hamil, Cadangan Pengedar Shaklee.

Assalamualaikum Wrmbth,

Apa khabar semua, semoga kawan kawan sentiasa hidup ceria dan bahagia selalu.




Dalam artikel kali ni Yana nak kongsi pulak mengenai khasiat set kesuburan shaklee.


Ramai yang nak tau fungsi setiap zat dalam tu bagi membantu kesuburan suami isteri.

Yela mana boleh mudah2 kita makan tanpa kita tahu khasiatnya. Memang untuk kesuburan kita tapi macam mana ia berfungsi.

AMARAN: NAK ANAK KLIK, TAK NAK ANAK. JANGAN KLIK


Apa Yang Anda Dapat Dalam Artikel Ni;
1. Fungsi Dan Khasiat Zat Penting Dalam Set Kesuburan 
2. Tips Penting Untuk Amalan Anda

Untuk pengetahuan kawan kawan, Vitamin B, C dan E sangat penting untuk kesuburan lelaki dan wanita.

Penting??? Ya SANGAT PENTING. Vitamin2 inilah diperlukan badan untuk kekalkan kestabilan hormon dalam badan.

Yana mintak kerjasama kawan kawan tolong elakkan makanan bergula dan berlemak tinggi. Tak boleh kawan kawan sebab boleh ganggu pengeluaran hormon dan menaikkan berat kita. Kawan kawan sedia maklum kan pasal ni.

Fungsi Khasiat Dalam Set Ini

Ok apa fungsi dan khasiatnya, jom kita tengok vitamin B dulu ye;

1. Vitamin B Complex

Nama pun vitamin B Complex, memang wajib ada komponen vitamin B la kan, so dalam sebiji tabletnya banyak vitamin B yang mana, ia penting untuk badan kita.


Ni lah 2 kompenan yang penting untuk kesuburan suami isteri daripada vitamin B yang banyak-banyak tu;

i) Asid Folik (Folic Acid)

Kita juga boleh dapat komponen ni dari sayur hijau seperti bayam, asparagus dan buah buahan seperti kiwi, aprikot, biji bunga matahari, putih telur dan kekacang kalau tak makan vitamin shaklee

Sehari kita perlu amik sebanyak 400mg tau. 

Kenapa penting untuk badan kita?

Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan

Dan

Mencegah kecacatan janin.

Asid Folic ni elok dimakan oleh suami isteri setiap hari sebelum merancang kehamilan.

Lepas dah hamil, isteri digalakkan mengambilnya setiap hari.

ii) Vitamin B6

Vitamin B6 pulak berperanan penting untuk kesuburan.

Macam mana tu???

Vitamin B6 inilah heronya kawan kawan. Hormon untuk pembiakan sangat bergantung pada vitamin ni.

Kalau xmakan supplemen, kawan kawan boleh juga dapat dari makanan seperti sayuran hijau, kekacang, tauge, bijirin, beras, gandum dan roti.

Semestinya kena jugak makan sayur dan buah, tapi yang segar je ye kawan kawan. Kena cari yang bebas racun serangga perosak dan pengawet. 

Kalau termakan yang dah tercemar dengan racun serangga perosak ke atau pengawet, huh free2 je la dapat bahan kimia xelok pulak. Elok2 kita nak pulihkan dalaman, lain pulak dapat.

So kawan kawan buat la pilihan mana, sama ada kena alert n pandai pilih sumber2 makanan yang Yana sebut tu atau telan je sebiji vitamin b complex. Semua bergantung kepada kawan kawan.


2. Vitamin C 

Selalunya kita makan untuk kesihatan kulit kan, tetapi vitamin c shaklee ni bukan untuk kulit semata mata, tapi juga untuk daya tahan lawan penyakit. Sangat penting bagi lelaki dan wanita. 

Suami yang sihat akan hasilkan sperma berkualiti. Ibu yang sihat pulak akan lebih kuat semasa mengandung.

Antara sumber semula jadi bagi vitamin C ialah buah - buahan seperti mangga dan jambu batu.

Nak cepat dan mudah ambil sebiji tablet Vitamin C sustained release untuk keperluan harian.

3) Zat Besi atau Iron

Biasanya zat besi untuk orang yang kurang darah merah. Yup betul sebab zat besi diperlukan badan kita membina sel darah merah yang berkualiti. 

Kalau isteri ada anemia, memang menjejaskan kesuburan dan peluang mengandung adalah rendah. 

Ni antara makanan yang kaya dengan zat besi seperti 
  1. Daging lembu
  2. Daging kambing
  3. Daging ayam
  4. Kekacang 
  5. Sayuran hijau seperti bayam
Zat besi juga ada dalam Vitalea with Iron Shaklee. Vitalea ni ada 12 vitamin dan 7 mineral untuk kesihatan.

4. Zinc / Zink

Zat ini berfungsi meningkatkan kualitas dan kuantitas sperma. umumnya terdapat pada :
-  Kerang
-  Kuning telur
-  Daging merah
-  Biji - bijian (sereal, gandum)
-  Kacang - kacangan



INFO ISTIMEWA UNTUK ANDA 

1. Air

Memang air (AIR KOSONG ye) sangat penting untuk sistem badan kita beroperasi dengan baik. Sebab tu kita selalu diingatkan supaya banyakkan minum air sekurang kurangnya 8 gelas sehari.  

Untuk kesuburan, air sangat penting bagi meningkatkan pengeluaran hormon progesteron (untuk isteri) dan testosteron (untuk suami).

Kita digalakkan minum 3 liter air sehari atau bersamaan dengan 8~10 gelas. Murah, mudah didapati.

Selalu Yana dengar penyebab kita malas minum air banyak sebab xselesa terpaksa kerap pergi toilet ye. Xpe kawan kawan, bagus tu sebab banyak toksin dalam badan dapat dikeluarkan.


Lepas ni amalkan minum air sekurang kurangnya 8 gelas sehari tau.

2Omega 3

Sama seperti asid folik, omega 3 juga sangat bagus untuk kesihatan otak. Ibu dan anak dalam kandungan dapat manfaatnya. Penting untuk perkembagan otak bayi.

Sumber omega 3 terdapat dalam ikan ikan laut, seperti tuna dan salmon, kekacang seperti flaxseed, dan walnut. 

Telur pun dah ada omega 3.Banyak dijual di pasaraya.

Cuma perlu berhati2 ketika nak masak.

Api yang terlalu besar akan merosakkan omega 3, boleh datangkan mudarat pada kita. 

Cara selamat selain dari mengambil makanan adalah makan Omegaguard Shaklee. In syaa ALLAH selamat dan kaya dengan omega 3.


Ok sekarang kawan kawan dah tahu fungsi dan khasiat setiap item dalam set kesuburan shaklee.

Semoga membantu ye.

Yana sentiasa doakan yang terbaik untuk kawan kawan. 
Terima kasih sangat sudi singgah di blog ni.

Ok in syaa ALLAH jumpa lagi nanti.

Wasalam.

Jika kawan kawan ingin bertanya mengenai set kesuburan shaklee, boleh hubungi Yana;


HP: 0123573246
ID Shaklee: 1083548
Gmail: noriana47@gmail.com

No comments:

Post a Comment