In syaa ALLAH, semoga artikel ini
dapat membantu suami isteri di luar sana untuk mendapatkan cahaya mata yang telah
lama dihajati.
Assalamualaikum kawan-kawan yang
dikasihi,
Apa khabar
semua, Yana harap kawan-kawan sentiasa dalam keadaan bahagia di samping
keluarga tersayang.
Namun,
Sesebuah
keluarga tanpa kehadiran dan kedengaran suara manja kanak-kanak memang terasa
sunyi dan sepi kan.
Memang
menjadi harapan setiap pasangan yang telah berkahwin untuk mempunyai
sekurang-kurangnya dua orang anak dalam keluarga mereka.
Seperti yang
kita semua tahu, ada pasangan yang sampai 5 tahun dan mungkin ada yang lebih
dari itu masih tidak mempunyai cahaya mata.
Tidak cukup
dengan itu, yang paling menyedihkan mereka, suara-suara sindiran daripada
rakan-rakan dan saudara mara sendiri kerana masih tidak mempunyai anak. Janganlah
kita bersikap begitu ye kerana sesungguhnya mereka sedang tabah menghadapi
ujian ALLAH SWT yang Maha Mengetahui ke
atas segalanya.
Yana percaya
dah bermacam-macam usaha dan mungkin ribuan wang ringgit telah dibelanjakan suami
isteri untuk mendapatkan seorang cahaya mata.
Dan,
Mungkin ada
yang berjaya dan mungkin tidak. Semuanya bergantung dengan keizinan ALLAH SWT
sahaja.
Ya ALLAH,
begitu tabah mereka menghadapi ujian ini.
Namun
begitu,
Kita tetap
disuruh untuk terus berusaha tanpa berputus asa. In syaa ALLAH, ALLAH SWT ada
perancangan yang terbaik untuk setiap hamba-hambanya yang tidak jemu-jemu
berusaha untuk mendapatkan sesuatu.
Dan dalam
catatan kali ini, Yana ingin menyampaikan
mengenai Set Kesuburan Shaklee khas bagi membantu kawan-kawan yang ingin
mencuba dengan Set Kesuburan Shaklee ni.
Apa Itu Set Kesuburan
Shaklee???
Set
Kesuburan Shaklee dihasilkan khas bagi membantu pasangan suami isteri yang
masih belum mempunyai anak atau mungkin sukar mendapatkan anak kedua setelah
kelahiran anak pertama. Dijamin selamat digunakan untuk semua kerana selain HALAL, produk shaklee adalah 100% menggunakan bahan SEMULAJADI.
Apa Yang Terkandung
Dalam Set Kesuburan Shaklee???
Okey, ada
dua bahagian, satu set untuk suami dan
satu set untuk isteri. Kenapa set suami dan isteri berbeza??? Semestinya suami
dan isteri dicipta ALLAH dengan sistem badan yang unik dan berbeza kerana
mempunyai fungsi masing-masing.
Jadi set ini
bertujuan membantu melancarkan kembali setiap fungsi tersebut yang mungkin
sedikit terganggu disebabkan oleh gaya hidup kita sebelum ini.
Set
Isteri : Vitalea & GLA, Fungsi serta
Cara Makan
Vitalea |
Vitalea
adalah multivitamin yang mengandungi 28 vitamin dan mineral yang diperlukan
tubuh badan seorang dewasa. Dengan pengambilan sebiji vitalea setiap hari,
membantu badan berfungsi dengan lebih cekap.
Cara Makan Vitalea
1. Cuma makan sebiji sahaja sehari
selepas sarapan setiap hari ye para isteri.
2. AMARAN: Jangan
makan vitalea dengan makanan atau minuman berasaskan susu, no…no…no…
GLA |
Sangat
sesuai kepada para isteri yang menghadapi masalah haid tidak teratur.
Gamma
Linolenic Acid (GLA) juga membantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur dan
membantu sperma berenang terus ke tiub fallopio, dan ke telur (ovum),
untuk
sperma terus hidup sehingga 5 hari dalam tiub fallopio isteri.Berpotensi
berlaku persenyawaan semasa isteri sedang subur.
Cara Makan GLA
Cara Makan GLA
1. Ambil 1 biji GLA juga selepas sarapan
pagi dan satu biji lagi sebelum tidur. Cuma jangan ambil sekali dengan vitalea,
jarak kan sikit tempohnya ye.
Haa.. 1 lagi, GLA juga tidak
sesuai diambil secara serentak dengan vitamin E (incase para isteri ada ambil
vitamin E shaklee contohnya bertujuan untuk kecantikan) kerana akan
mengurangkan kesan GLA nanti.
2. Perlu dimakan setiap hari dan lebih
baik jika makan pada hari pertama period
bulan tersebut sehingga tiba period bulan seterusnya.
3.Jeng2, penting untuk para isteri
mengira kitaran haid bulan sebelumnya ye, contoh, bulan lepas kitaran haid puan
selama 27 hari, dan jika selepas sebulan makan GLA, period tidak datang, buat Urine Prengnancy Test(UPT).
4.Jika ujian UPT positif dan memang sah
mengandung, kena benti makan GLA tau kerana boleh sebabkan keguguran.
Jika,
Ujian UPT negatif, jom kita ke langkah
seterusnya,
5. Senang jer, para isteri kira kitaran haid
masing2 dan bahagi 2. Contoh 28 hari, then bahagi 2, dapat 14 hari kan.
6. Ok, in syaa ALLAH hari ke 14 adalah waktu
subur anda selepas period.
7. Pahtu makan GLA sebiji sahaja sehari ye, Yana
ulang balik, sebiji jer tau dari hari pertama haid sampai hari ke 13 jer.
8. Hari ke 14 jangan makan GLA dah. Vitalea tetap
kena amik ye.
9. Buat ujian UPT lagi, jika berjaya, berhenti
makan GLA.
10. Jika keputusan negatif lagi, para isteri
jangan risau, ulang lagi langkah 5 hingga 9 ye sampai pregnant tau, in syaa
ALLAH ALLAH Maha Adil kan. Pasti ada kejayaan dalam setiap harapan.
Set Suami
: Vitamin E & Zinc, Fungsi serta
Cara Makan
Vitamin E |
Bagi tujuan kesuburan,
vitamin E bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma lelaki dan
juga menyuburkan organ reproduksi lelaki dan juga wanita serta membantu rasa “bersemangat”
untuk bersama pasangan masing-masing.
Cara Makan Vitamin E
1. Selepas makan tengah hari, para suami
perlu makan 2 biji vitamin E.
2. Sebab vitamin E kan larut dalam
minyak, biasanya waktu lunch kita makan banyak makanan berminyak kan, haa…memang
sangat membantu la vitamin E menyerap lebih cepat.
Zinc Complex |
Zinc memang
terbaik untuk suami bagi menambah kepekatan dan kekuatan sperma agar lebih
aktif menuju ke ovum serta meningkatkan kualiti
dan kuantiti sperma.
Zinc
jugalah yang berperanan untuk proses pembentukan genetik. Kekurangan zinc bagi
lelaki mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal.
Cara Makan Zinc
1. Sebelum sarapan, suami perlu amik 2
biji zinc semasa perut kosong.
2. Sebabnya untuk elak pembaziran. Aik
kenapa membazir pulak kan???, okey, zinc ni vitamin “sangat baik” cepat
mengalah dengan vitamin lain contohnya kalsium.
3. So bila ada kalsium contonya dari
sumber susu selepas kita sarapan, zinc
yang masuk dalam badan kita tidak diserap dan disingkirkan begitu saja.
4. Sebab tu kita kena tahu cara yang
betul untuk mengambil sesuatu vitamin tu. Perlu dapatkan nasihat dan tip yang
betul dari pengedar shaklee yang kita beli.
5. In syaa ALLAH bila kena caranya, akan
ada hasilnya dengan izin ALLAH SWT.
Macam nak cuba
jer, berapa harganye???
Kalau mengikut harga
runcit;
Set Kesuburan Wanita (Vitalea
& GLA)
Vitalea (120 biji, tahan dalam 4 bulan) – RM89
GLA (60 biji,tahan dalam 1 bulan) – RM92
Pos – RM10
Jumlah (RM89 + RM92 +
RM10) = RM191
Set Kesuburan Lelaki (Vitamin
E & Zinc)
Vitamin E(120 biji,tahan dalam 2 bulan) – RM149
Zinc(120 biji, tahan dalam 2 bulan) – RM34
Pos – RM10
Jumlah (RM149 + RM34
+ RM10) = RM193
Cam mane semua lepas dah tahu harga,
mahal ke murah tu ek???
Kalau kawan-kawan rasa mahal, ok xpe, boleh hubungi Yana ye,
nanti Yana bagitahu cara nak dapatkan harga murah.
Kalau kawan-kawan rasa mahal, ok xpe, boleh hubungi Yana ye,
nanti Yana bagitahu cara nak dapatkan harga murah.
Cuma, lebih baik suami isteri menjalani
pemeriksaan dengan doktor dahulu bagi memudahkan kita mencari jalan penyelesaianya
kan.
Selain mencuba Set Kesuburan Shaklee,
dinasihatkan juga setiap para suami dan isteri supaya menjaga pemakanan,
persekitaran, menjaga berat badan(dapatkan berat badan ideal),
elakkan merokok dan menjaga emosi agar
tidak terlalu rasa tertekan untuk mendapatkan anak dan juga tekanan lain
contohnya tekanan kerja.
Dan yang paling penting setelah kita
berusaha, perbanyakkan berdoa kepada ALLAH SWT kerana dengan izinNYA sahaja,
setiap perkara yang kita usahakan akan menjadi kenyataan.
Yana doakan agar para suami dan isteri
yang telah lama menunggu cahaya mata sama ada yang membaca artikel ini atau
tidak agar dipermudahkan ALLAH SWT untuk memperoleh zuriat suatu hari nanti dan
terus bahagia dunia akhirat. In syaa ALLAH, sama-sama kita doakan ye.
Sebarang pertanyaan,jangan segan2
boleh hubungi Yana ye;
Call/SMS/Whatsapp: 0123573246
ID Shaklee: 1083548
Gmail: noriana47@gmail.com
Terbaik. Teruskan menulis
ReplyDeleteAlhamdulillah, mekasih berkat tunjuk ajar sis.
ReplyDelete