Kerjaku | Dulu Digaji Sekarang Berbisnes Lagi

Thursday, December 12, 2013


Assalamualaikum kawan-kawan yang dikasihi,

Rasanya ramai kawan-kawan Yana ni yang dah bekerja kan, tak kisahlah kawan-kawan kerja apa pun janji halal ye.

Macam Yana dulu, pernah jugak la buat beberapa kerja dan paling sekejap sangat, tau x Yana kerja ape….nak tahu tak???...Sape nak tahu angkat kening, hehehehe, ecece nak suh jadi macam Zian Zain la tu.

Haha, macam la ada orang nak tau, macam xde jer, xpe2, Yana nak bgtau jugak, hehehe, bukan mengada2, tapi Yana nak berkongsi pengalaman jer, boleh kan kawan-kawan???.

Dulu lepas habis study, belum grad lagi, tapi sambil2 tunggu dapat keje, adalah kawan Yana ni dia ajak jadi babysitter kat tempat dia keje sebab xcukup orang.



So, Yana fikir la, haish boleh ke Yana nak handle budak2 kecik ni, dan paling Yana takut kena jaga baby tau yang dah nak dekat setahun la tapi anak orang kan, takut jugak, nti ada tersalah mane2, huh jenuh tu nak menjawab.

Lepas habis fikir, Yana pun terima sebab niat nak rasa pengalaman jadi baby sitter, bukan xpernah jadi baby sitter, pernah jugak tapi kejap2 jer, itupun dah lama sangat, adik2 pun dah besar2 sekarang.

Berhijrah la sekali lagi Yana ke KL, berdebar jugak, tapi kena yakin, buat sebaik mungkin, dipendekkan citer, Yana pun start la keje setelah diajar itu dan ini.



Hari pertama seronok jer tengok telatah baby2 tu, lame dah tak main baby katakan. Bukan setakat tengok jer tau kawan-kawan, as baby sitter kena la, bancuh susu, mandikan dorang, letak semua bedak or minyak baby  yang dipesan ibu2 dorang, bagi makan, main2 dengan dorang, salin pampers la, bagi tidur, dan macam2 lagi la.

Haha hari pertama, kedua ketiga teruja lagi la, masuk hari keempat dah terasa penat2 badan, sebab nak kena uruskan baby tu bukan sorang dua tau, mase tu ada dalam 5 orang, fuh mencabar jugak. Tapi kadang2 kawan datang tolong bila kerja dia dah selesai sebab dia jaga bdak2 yang dah besar. Hehehe

Lagipun ada parents yang datang amik malam2, wah penat jugak, dan kitaorang tidak boleh balik selagi masih ada budak or baby yang belum pulang. Yela xkan nak tinggalkan dorang sorang2 kat taska kan.

Hari kelima, dapat call dari ayah bagitau ada surat sampai suh pergi interview. Hmmm so berfikirlah Yana, kalau balik ni cam malas jer nak datang balik, hehehe, ye la kg jauh, alasan, kikikiki. So bincanglah dengan kawan, mulanya dia pujuk suh stay lame sikit at least sebulan,



tapi tekad punya pasal, Yana mintak maaf banyak2 Yana boleh sampai seminggu je sebab nak balik prepare lagi kan. So lepas dah cakap elok2 alhamdulillah mereka faham dan Kak Ayu sebagai pemilik taska yang sangat baik hati melepaskan Yana pergi dan Kak Ayu siap pesan lagi, Yana boleh datang bila2 masa kalau berminat nak keje kat ctu lagi.

Baik kan Kak Ayu, walaupun kitaorang baru kenal, tapi Yana rasa macam dah kenal lama dengan dia, siap hantar Yana ke stesen lrt lagi.Terima kasih banyak2 Kak Ayu. Itulah keje paling singkat yang Yana buat, hanya SEMINGGU tapi sampai sekarang merindui baby2 yang comel2 tu.

Lepas tu Yana bekerja yang lebih kepada pengurusan dokumen, asyik duduk di ofis, huh, hampir 3 tahun jugak la dan sampai satu masa, Yana berfikir sampai bila Yana nak buat sesuatu yang macam tidak memberi kepuasan kepada Yana.

Ya ALLAH kadang2 fikir, ikhlas ke buat keje, kalau tak ikhlas macam mana, berkat ke nanti gaji yang dapat setiap bulan sebab sampai satu masa, Yana asyik fikir nak buat sesuatu yang baru, yang boleh bagi kepuasan bekerja kepada Yana.



Akhirnya Yana tekad untuk berhenti kerja dan cuba mencari kerja di negeri sendiri pulak. Asyik berjauhan dengan family jer kan, nak jugak berbakti sepenuhnya dengan family. Cari punya cari, fuh agak mencabar sikit tuk dapatkan kerja,so Yana decide, nak cuba buat bisnes la, asyik makan gaji, nak cuba buat income sendiri la pulak, in syaa ALLAH ade rezeki nanti, 9/10 rezeki kan dalam perniagaan.

Mula la Yana cuba berbaik dengan uncle google, mintak tolong carikan bisnes yang sesuai untuk Yana, setiap hari cari, Yana jumpe la satu ebook ni, owh free pulak, pe lagi cepat2 download. Adatla orang kita suka sangat barang free ni termasuklah Yana.

Nak2 tajuk dia cam tengah sesuai dengan status Yana masa tu cuma Yana berhenti dulu je, hehehe, dan tajuk ebook tu, Sorry Bos, Saya Terpaksa Berhenti Kerja.

Mesti la nak tahu kan ape cerita dalam ebook tu, so Yana baca la sampai habis, memang teruja sangat nak 
tahu, lagipun tak bosan sebab ia mengisahkan pengalaman sebenar isteri penulis daripada kerja sebagai engineer dan sekarang jadi businesswoman yang sangat berjaya bersama suami tercinta.

Memang excited sangat kalau sesiapa yang baca ebook ni. Setelah berfikir panjang so Yana membuat keputusan untuk turut serta dalam bisnes ni.

Bisnes yang semakin hari semakin berkembang maju sekarang ini, itulah Shaklee yang tanpa kita sedari dah banyak sangat membantu menyelesaikan masalah kesihatan masyarakat kita pada hari ini.

Yana yakin dengan keputusan yang Yana buat ni sebab seperti yang kita tahu 9/10 rezeki ada dalam perniagaan dan Rasulullah s.a.w juga berniaga dulu. Cuma perniagaan ni adalah risikonye, dan juga saat manisnye, kita kena selalu positif dan kuat semangat, yang penting kita usaha, usaha lebih dapat la lebih dan begitu juga sebaliknya.

In syaa ALLAH dan yang paling penting jangan sekali-kali kita lupa akan Pencipta kita, selalu lah mengingatiNya walau dalam senang atau susah. Buat segala suruhanNya dan tinggalkan segala laranganNya.

Okey kawan-kawan itulah serba sedikit perjalanan Yana sehingga menjadi seorang pengedar sah Shaklee sekarang ni.

Terima kasih kerana sudi membaca, jom kawan-kawan semua kita buat bisnes tak kira la bisnes ape janji halal dan memberi manafaat kepada semua ye.

Berjumpa lagi kita dalam artikel akan datang, Yana doakan semoga kalian juga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
In syaa ALLAH, Amin.



2 comments:

  1. Wah. Ada bakat menulis ni. Best je baca. Teruskan sis. Kami sokong dr blakang

    ReplyDelete
  2. Luahan hati sendiri,hehehe, mekasih ye sis

    ReplyDelete