Cara Makan Zinc Complex Shaklee | Tips Mendapat Manfaat Maksimum

Tuesday, September 23, 2014

Cara Makan Zinc Complex Shaklee | Tips Mendapat Manfaat Terbaik, Cadangan Pengedar Shaklee

Assalamu'alaikum Wrmbth, 

Apa khabar kawan kawan semua. 


Dengan izin ALLAH, kali ni Yana nak kongsi cara makan Zinc 
Complex Shaklee. Gambar di bawah sekadar hiasan. Hehehehe. 

Zink ni tak boleh makan, kalau boleh makan ni, agak agak lagi power dari Zinc Complex Shaklee tak ye??? 



Seperti yang Yana dah kongsikan sebelum ni, zinc sangat bagus untuk kesuburan lelaki. 

Artikel Ini Akan Membantu Anda Mengetahui
1. Kelebihan Zinc Kepada Lelaki Dan Wanita
2. Cara Makan Zinc Complex Dengan Betul
3. Kenapa Zinc Perlu Dimakan Semasa Perut Kosong

Tahniah ye sebab kalian amat mementingkan kesihatan diri sama ada luar atau dalam. Bagus sangat. Yana percaya anda juga tahu
zinc juga merupakan nutrien yang diperlukan dalam badan kita. 

Jom sama sama kita tengok apa manfaatnya:


Kelebihan dan Manfaat Zink Untuk Kita

  1. Meningkatkan sistem imun dan daya tahan pada penyakit
  2. Kencing manis- membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin
  3. Membantu memelihara kesihatan kelenjar prostat 
  4. Pengambilan zinc dapat mengurangkan pembengkakkan prostat sebanyak 70%
  5. Ovulasi wanita sewaktu masa subur- wanita memerlukan zinc untuk ovulasi iaitu masa sel pembiakan dibebaskan untuk hamil
  6. Membantu memelihara kulit yang sihat. Mengurangkan radang kulit seperti ekzema dan jerawat
  7. Menyumbang pemulihan kelesuan kronik
  8. Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif
  9. Zinc membantu meningkatkan keupayaan seks lelaki dan meninggikan jumlah sperma
  10. Mengurangkan keguguran rambut penyebab botak
  11. Menyumbang pembentukan kolagen untuk kulit yang cantik dan anjal
  12. Memainkan peranan dalam pemulihan luka yang cepat
  13. Ingatan yang lebih baik


Cara Makan Zinc Complex Shaklee Dengan Berkesan
  1. Ambil 2 biji zinc complex SEBELUM sarapan
  2. Jangan makan bersama makanan dan minuman berkalsium. Ini mengurangkan penyerapan 
  3. Minuman berkafein dan air bergas/berkarbonat mengurangkan kecekapan penyerapan badan. Elakkan pengambilan bersama supplemen yang lain.
  4. Zinc tidak digalakkan makan bersama bijiran dan roti. Phytate dari bijiran akan bergabung dengan zinc menjadi bentuk yang sukar diserap.

Kenapa Zink Mesti Di Makan Semasa Perut Kosong?

Zink ni akan kalah dengan zat lain macam kalsium. Contohnya anda sarapan sandwich, dalam tu ada keju dan minum teh tarik.

Susu dan keju dalam teh tarik dan sandwich mengandungi kalsium. Jika kita ambil zink selepas makan, zink tidak akan diserap dan akan disingkirkan. So siapa yang rugi, mereka dan keluarga mereka kan, hehehe.


Jika kita makan roti dan bijiran lain semasa sarapan, contohnya cornflakes, koko crunch dan roti bijirin penuh / wholemeal.
Phytates dari makanan berasaskan bijiran mempunyai kebolehan untuk bergabung dengan zink dan sukar diserap badan.

Ini membuatkan zinc yang dimakan terbuang sia sia saja.

Ini kerana, dalam proses pencernaan yang normal, zinc akan dimusnahkan, dikeluarkan, dan mengikat dirinya dengan bahan lain.

Semoga bermanfaat ya.

https://azlanalamin.com/order/form/RPSJJ01/SZN137



Call / SMS / WhatsApp: 012-3573246 
ID Shaklee: 1083548

Cara Makan Set Bersalin Shaklee | Shaklee Menemani Anda Ketika Berpantang

Thursday, May 8, 2014

Cara Makan Set Bersalin Shaklee | Shaklee Temani Anda Dalam Pantang, Cadangan Pengedar Shaklee


Assalamu'alaikum Wrmbth, 


Mommies semua dah survey ke set pantang apa nak guna lepas bersalin nanti?. Dah dekat2 nak bersalin ni, mesti makin xlarat kan nak berjalan. 



Sebelum bersalin ni la, kita nak cari set berpantang terbaik untuk kesihatan ibu dan anak. 

Sebabnya semua maklum waktu berpantang ni memang sangat mencabar kan, apalagi kepada mommies yang baru pertama kali melaluinya. Kalau xkena cara mengatasinya, boleh timbulkan masalah lain pulak kan.

Jadi pilihan anda menggunakan set bersalin akan menentukan samada badan anda cergas dan sihat atau lesu dan kepenatan.

Dengan kepenatan selepas bersalin, nak berjaga malam lagi, semuanya perlukan kekuatan minda dan fizikal untuk melakukannya. Siapa yang boleh bantu kita saat itu?. Alhamdulillah kalau dapat hubby yang baik tapi baby pulak xnak dengan papanya.

Memang si ibu letih sangat waktu pantang ni. Yela badan dah kurang vitamin yang diperlukan, waktu makan pun dah xteratur. Nak tak nak kenala amik makanan tambahan kan, untuk bekalkan semula vitamin2 tu.

Kenapa la Yana sangat2 cadangkan Set Bersalin Shaklee?. Semua produknya senang dimakan dan kesannya serta merta. Ini bukan ubat, semuanya vitamin dari sumber semulajadi. Bukan jamu. Lepas bersalin terus boleh makan ye kecuali Alfalfa kena tunggu 2 minggu lepas bersalin baru boleh amik.

Yana tak pernah makan jamu tapi menurut kawan Yana, kalau kita makan jamu, susu badan akan panas dan anak kena cirit birit, mudah kena demam kuning.

Yang bestnya lagi, jika mommies sedang menggunakan set kehamilan shaklee sekarang, agak2 sempat guna waktu berpantang nanti, boleh gunakan yang tu je sebab set kehamilan shaklee sama je dengan set bersalin shaklee. Jimat kan. 

Apa yang anda rasakan ketika menggunakan set kehamilan shaklee?. Rasa macam bukan sedang mengandung je ye. 

Multipurpose tu. Cara makan set bersalin pun tak banyak beza dengan waktu biasa. Praktikal, mudah dan simple. Telan pil je, tak perlu reneh akar kayu dan minum pati haruan yang hanyir tu. 

Untuk para ibu semua, mungkin ada yang dah beli set bersalin shaklee tapi tak berapa jelas cara nak makannya nanti.

Jangan bimbang ye, sebab kali ni Yana nak kongsi pulak cara makan set bersalin shaklee ni. Semudah makan kacang gitu. Hehehe.


Ok kita xpayah citer panjang2, jom kita fahami caranya.


Ini Yang Akan Anda Dapat Dalam Artikel  
1.  Cara Pengambilan Set Berpantang Shaklee yang betul untuk hasil terbaik 
2. Harga Set Bersalin Shaklee 


Cara Makan Set Berpantang ini dari A ke Z

Pagi

  • Bangun tidur, masa perut kosong makan Zinc Complex untuk penyerapan maksimum. Elakkan makan bersama makanan dan minuman bersusu. 
  • Kemudian sebelum sarapan minum ESP 2 sudu besar dicampurkan bersama minuman kegemaran anda. Jangan gunakan air panas, bergas/berkarbonat dan berkafein (seperti kopi dan teh). Memang kenyang dan makan sarapan selepas tu.
  • Habis sarapan tunggu makanan hadam dalam 1jam, ambil vitamin b complex 1 biji. Jika badan anda berasa sangat letih baru ambil 2 biji b complex. Untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat, patahkan pil b complex dan makan. 
  • Jangan lupa minum air 3 liter sehari ya.
Tengahari (Lunch)
  • Tengahari selepas makan lunch, makan vitamin c ikut sukatan atas botol. 1biji (untuk sustained released vita c. Sekiranya anda nak tambahkan susu badan, selepas 2 minggu bersalin baru makan Alfafa complex. 
  • Vitalea 1 biji juga (Perhatian: Vitalea jangan diambil bersama produk tenusu)
  • Kenapa? Sebab Alfafa ni ada unsur herba seperti jamu. Jadi elakkan makan selepas bersalin ya. Ingat tunggu 2 minggu.
  • Alfafa makan 3~6biji sehari ya.
Malam (Dinner)
  • Ambil Ostematrix 4 biji untuk keperluan harian kalsium. Pengeluaran susu badan akan ambil kalsium dari tulang dan gigi. Mommies kena makan ostematrix ni tau. Kalau tak gigi akan rosak dan tulang akan sakit. 
  • Boleh kena osteoprosis (sakit tulang reput). Ostematrix ni sangat bagus untuk atasi masalah sembelit. Memang best sangat. Dari masa hamil ke berpantang memang patut makan ya. Senang je ke tandas.
  • Kenapa kita sembelit masa hamil dan selepas bersalin ya? Hormon progesteron akan buatkan usus kita beroperasi lebih cekap. Air dan zat semua diserap dalam usus untuk bekalan ibu dan anak dan penghasilan susu badan.
  • Bila cekap sangat pun payah juga. Jadi sembelit sebab air habis diserap. Macam batu. Hihi.

Ikut je cara makan ni, in syaa ALLAH badan anda akan cergas bertenaga. Luka jahitan semasa bersalin pun cepat sembuh luar dalam kerana zink diserap dengan maksimum.


Berapa Harga Set Berpantang ni?


Harga Runcit Set Bersalin Basic (Vitalea+ B Complex+Vita C+ Zinc+Pos) RM280
Harga Runcit Set Bersalin / Berpantang  Shaklee untuk full set mengandungi  (Vitalea+ B Complex+Vita C+ Zinc+Ostematrix+ESP + Pos) RM491

Boleh dapat lagi murah ke. Mestilah boleh, caranya;

Mendaftar sebagai ahli. Berbaloi dapat diskaun. Macam Mana Nak Jadi Ahli Shaklee. PM je Yana.


https://azlanalamin.com/order/form/RPSJJ01/SZN137




Call / SMS / WhatsApp: 012-3573246 
ID Shaklee: 1083548
Email: noriana47@gmail.com

Set Bersalin Shaklee RM 100 | Murah Tapi Selamat Ke?

Set Bersalin Shaklee RM 100 | Berpantang Dengan Murah? Tapi Selamat Ke?, Cadangan Pengedar Shaklee

Assalamu'alaikum Wrmbth, 


Mungkin anda pernah terdengar atau terlihat set bersalin shaklee RM100 kan, itu adalah set percubaan. Memang ada yang menjual trial set bersalin shaklee pada harga RM100. Yana nasihatkan jangan beli.


Sebabnya ada risiko yang anda mungkin tidak tahu sama ada kepada pengedar atau pun pembeli. Memang murah dan boleh menjimatkan wang.

Alhamdulillah ada kawan yang berkongsi perkara ni kepada Yana dan untuk kebaikan semua, Yana ingin kongsikan dalam blog ni.

Artikel Ini Akan Membantu Anda
1. Kenapa Trial Pack Set Bersalin Shaklee Pada Harga RM100 Tak Elok Untuk Anda (Pengedar Dan Pembeli)
2. Mengapa Lebih Berbaloi Ambil Set Penuh? Dan Cara Dapat Harga Murah Yang Halal

Jom kita tengok apa sebabnya. 


Tidak Digalakkan Membeli Set Bersalin Shaklee Pada RM100 (Trial Pack)

Yana nak tanya anda semua, adakah kalian akan teruja untuk mencuba produk baru atau kita akan rasa was2. Jujur, Yana sendiri akan rasa tak yakin untuk cuba mana2 produk baru. Apalagi kalau harganya boleh tahan murah. 

Contoh set asas bersalin shaklee ni, harganya lebih kurang RM300, tetapi kenapa Yana cakap murah sebab dalamnya ada banyak tablet yang boleh bertahan 3~4 bulan. So berbaloi tak?.


Tetapi ada pengguna biasanya nak guna ketika berpantang je, jadinya ada kawan kawan yang akan packing semula dalam bekas lain dalam kuantiti yang sedikit. Dan diiklan sebagai Trial Pack atau trial set

Memang niatnya baik ye sebab boleh bantu kawan kawan yang mungkin kurang mampu untuk beli set lengkap atau untuk kawan kawan yang nak guna masa berpantang je, tapi vitamin yang dipaketkan semula pada bekas lain berkemungkinan rosak ataupun terjejas khasiatnya kerana

  1. Terdedah pada udara terlalu lama
  2. Tidak disimpan pada suhu yang sesuai hingga berubah kandungannya. Contohnya vitamin b complex dan vitamin c akan berubah warna.
  3. Rosak semasa penghantaran kerana cara pengendalian dan bungkusan yang tidak kemas. 

Itu risiko yang terpaksa ditanggung oleh pengguna. Namun agen shaklee yang mengiklankan secara terbuka juga tidak akan terlepas dari tindakan.

  1. Kalau tertangkap dan dilaporkan oleh orang lain, keahlian boleh digantung
  2. Atau dibatalkan terus. 

Syukur sangat sebab Yana mengetahui perkara ni awal2 lagi. Kalau tak mungkin Yana pun akan buat macam tu. Sebab dah ramai sangat yang buat kat luar tu. Ni perkara serius, syukur ada yang prihatin sebarkan perkara ni.

Sebenarnya kawan kawan boleh cuba set asas bersalin shaklee je dulu. Selepas beli tu, kalau puas hati boleh order lagi kalau nak teruskan penggunaannya atau nak cuba set penuh pula.

Mengapa Lebih Berbaloi Ambil Set Penuh? Ada Cara Lain Dapat Harga Istimewa Ke?

Set Asas untuk Berpantang Shaklee terdiri daripada
  1. Vitalea dengan zat besi  sehari makan sebiji. 
  2. Vitamin C. Sehari sebiji. 
  3. Vitamin B complex. Sehari makan 1 biji, kalau penat sangat dan emosi agak stress, boleh makan 2biji. 
  4. Zinc Complex. Sehari makan sebiji semasa perut kosong.
Harga runcit set asas ni ialah RM 270. Boleh PM Yana untuk lebih lanjut.

Nak tahu lebih lanjut Set Bersalin Shaklee yang lengkap baca DISINI


Kalau mommies ada soalan boleh hubungi Yana di


Call / SMS / WhatsApp: 012-3573246 
ID Shaklee: 1083548
Email: noriana47@gmail.com