Bestnya Guna Set Kecantikan Shaklee,Cadangan Pengedar Shaklee, Selamat Dan Memang Ohsem

Friday, December 13, 2013


Assalamualaikum kawan-kawan,

Terima kasih ye klik kat artikel ni, mesti kawan-kawan Yana ni tengah cari set kecantikan ye.

Sebenarnya kita semua dah cantik malahan juara lagi, cuma kita mencari set kecantikan untuk mengekalkan kecantikan kita, betul x kawan2 ???.

Kalau xcaya sape2 masih ada gambar masa kecik2 dulu, tengok balik, licin tak kulit masa tu, mesti tiada sebarang cela kan.

Tapi disebabkan faktor tertentu seperti  faktor hormon  dan pemakanan, kulit kita menjadi kurang sihat.

Okey jom Yana terangkan sikit set kecantikan Shaklee ni  ye. Ada 3 jenis  je  yang terdiri daripada  vitamin c, b-complex dan vitamin e. Biasanya customer akan tambah satu lagi iaitu ESP.

Biasanye produk2 shaklee ni memang tahan lama, mane taknye, dalam setiap produk mengandungi sampai 120 biji tablet, ada yang  sampai 300 lebih, memang berbaloi beli sekali, boleh tahan sampai 2 ke 3 bulan.

Mungkin sebab dihasilkan daripada bahan semulajadi  so tidak ada masalah untuk menghasilkan banyak tablet, tapi walaupun dah buat banyak tetap kehabisan stok jugak.

Jenuh la kita nak berebut setiap bulan.

Jom kita tengok sikit apa kelebihan set kecantikan Shaklee nie….


Vitamin C



100% bahan semulajadi ye kawan2.
Untuk bentuk kolagen bagi anjal kulit kita dan rawat kedutan.
Antioksidan kuat untuk lindungi kulit kita dari pencemaran udara dan sebagainya.
Harga mampu milik untuk pakai 3 bulan.



B-Complex



100% bahan semulajadi jugak
Menyahkan toksin dalam badan
Bantu bina sel-sel baru
Harga mampu milik untuk pakai 4 bulan.



Vitamin E



Semestinya 100% bahan semulajadi.
Mengurangkan parut, jerawat dan bintik di muka.
Kita memang akan tua, vitamin E cuma bantu lambatkan sahaja daripada umur sebenar kita.
Harga mampu milik untuk pakai 4 bulan.


Dan ini untuk tambahan sesiapa yang tambah ESP ye



ESP



100% bahan semulajadi, kena bagitau jugak sebab produk shaklee dihasilkan dengan bahan semulajadi sahaja.
Ada asid amino untuk awet muda.
Rangsang pembentukan semula kulit dan otot.
Harga mampu milik untuk pakai 1-2 bulan(dalam bentuk serbuk).


Itu serba sedikit kelebihan setiap produk set kecantikan Shaklee yang Yana kongsikan, sebenarnye banyak lagi fungsi lain produk2 tersebut seperti vitamin c,b-complex dan ESP juga digunakan dalam set bersalin yang merupakan antara set terlaris di pasaran sekarang.

Pendek kata, multifunction jugak la produk2 shaklee ni.

Yana xnak cerita panjang2, nanti dituduh syok sendiri,hehehe yang penting kawan-kawan boleh cuba sendiri baru kita puas hati tengok hasilnya nanti.

Sebab Yana pun dah cuba, alhamdulillah jerawat makin kurang. Sesiapa yang banyak angin dalam badan jugak boleh cuba ESP ni, sebab pengalaman Yana sendiri, selepas minum ESP,  Yana akan sendawa walaupun belum breakfast. 


Kawan-kawan xperlu risau semua produk shaklee ada sijil halal dan selamat untuk semua sebab dihasilkan dengan bahan-bahan semulajadi.

Cuma Yana harap, kawan-kawan jangan segan2 nak bertanya apa2 mengenai set ini atau produk lain dalam shaklee, sms pun xpe,klau segan jugak,emel je ye,  in syaa ALLAH Yana cuba bantu sebaik mungkin.

Kita buat pape niat kerana ALLAH, in syaa ALLAH dengan izinNya pape yang kita lakukan akan menjadi.

Semoga artikel ini dapat menambahkan ilmu kawan-kawan walaupun sedikit, in syaa ALLAH.

Terima kasih kawan-kawan, jangan lupa singgah lagi ye. 

Wasalam.



Call/SMS/Whatsapp: 0123573246
ID Shaklee: 1083548
Gmail: noriana47@gmail.com


2 comments: